Monday, December 1, 2008

bertuahnya anak


Sepatutnya hari ni kena pi sek men ambik repot kad. Takpe, esok je lah pergi sbb aku tak sempat nak inform org kat opis ni lagi pun sek bagi masa 2 hari untuk parents. Haiii..entahlah camne result anak bertuah sorang nih. Mungkin dia masih belum ada kesedaran walau upsr dah dilalui. Dan dia belum sedar betapa pelajaran ni sgt penting utk masa depan. Ikutkan `berbuih' mulut ni nasihat macam2. Mendidik anak lelaki dan perempuan nmpak ada bezanya. Mungkin rezeki kami dan ada jugak anak lelaki org lain yg memang dah nmpak cerdik dari kecik lagi.
Bila sebut anak bertuah ni teringat aku pada 2 org makcik kat kampung. Makcik ni panggil anak mereka dengan nama TUAH. anak masing2 pompuan. Salah sorang tu senama le plak dgn aku. Mereka berdua ni setahun lebih muda dari aku. Mungkin atau kebetulan tak tau lah atau bak kata org tua2..panggilan kita hari2 pada anak adalah doa. Rezeki makcik2 tu..yang sorang tu selepas spm dulu dapat melanjutkan pelajaran ke uni al-azhar dan lagi sorang ke usa. Sampai sekarang kalau bercakap dgn makcik tu & bila bercerita hal anaknya..tak disebut nama tapi tuah je lah. Pada sapa2 yg tak tau mesti rasa pelik & ingat mesti anak lelaki.
emmm..nak kena panggil tuah jugak le lepas ni ke anak bujang ku yg memang bertuah sangat tuh. Aku sering menjadikan sepupu mereka sebagai idola & rasa tak perlulah org lain. Kalau nasihat anak lelaki yg sorang nih..tengoklah abg iwan, kiki & abg ijat tu. Dia org tu anak yatim, papa dah meninggal masa dia org kecik lagi. Ngah sorang je yg besarkan mereka tu & gaji ngah pun tak byk mana kan. Dia org rajin berusaha sendiri walau kadang ada benda yg tak dapat ngah bagi. Abg kiki & ijat dapat jugak ke asrama penuh & sekarang semua dah berjaya ke u. Cubalah jadi mcm dia org tuh. Senang je jawap..ye lah mama
insyaAllah..setiap anak ada perbezaannya dan ada kelebihan masing2 ye.

3 komen sahabat:

Anonymous said...

wajarkah kita yg suka mendesak anak-anak supaya belajar belajar belajar aje wahal anak kita memang dah habis berusaha untuk berjaya.....

Anonymous said...

Saya pun kekadang terfikir,dapatkah kita mendidik anak kita macam ibu-bapa mendidik kita. Kalau anak saya pandai satu bonus bagi saya,tapi kalau sebaliknya,doakan anak jadi anak yg soleh.-Hang Perak

cikcah: on December 2, 2008 at 9:09 PM said...

tu la..ada org ckp jgn paksa sgt sbb takut nanti anak rasa tertekan. tapi kalau dibiarkan sgt susah jugak ye.

 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template