Sunday, May 17, 2009

Selamat hari ibu

4 komen sahabat
Dah seminggu baru hari ni berkesempatan nak menulis, dek kerana sibuk dengan hal dunia dan tanggungjawab pada suami/anak2 dan belum terlewat nak mengucapkan `Selamat Hari Ibu' untuk semua ibu2 dan istimewa untuk ibuku Hjh Zawiyah Hj. Ismail dan tak lupa ibu mertuaku Pn. Rohani bt. Hj. Harun.
Jasa ibuku takkan ku lupa walaupun diri ini tak dapat nak tunaikan impianmu suatu ketika dulu tapi alhamdulillah dengan apa yang ada sekarang, tak seperti yang diimpikan dulu..kami bahagia seadanya...terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar selama aku bergelar seorang ibu.
Untuk mertuaku...dirimu banyak mengajar aku erti hidup dan sabar dengan ketentuanNYA. Walau pada hakikatnya dulu aku bukan pilihanmu tapi aku tabah dan percaya setiap sesuatu perkara yang terjadi ada hikmahnya dan insyaAllah kami bahagia meski pun kami tidak seperti anak/menantu yang lain.
Buat anak2ku..terima kasih kerana memahami kerenah aku yang terkadang kalahkan penceramah bebas bila masuk waktu belajar.


..di pagi ahad lepas dpat sms dari temanku Eda, zalma..emm banyak rahsia antara kita, dari k.limah dan pagi isnin dari k.hani...
..di pagi ahad juga suamiku sempat menelefon ibunya untuk mengucapkan `selamat hari ibu'.

cuti 3 hari balik kampung

0 komen sahabat
Sejak 2 menjak ni bz yang amat dengan hal2 dunia kat opis tu sampai tak sempat nak jenguk blog ni. Sebelum cuti hari pekerja dulu pun dah kalut semacam sebabnya nak kejor siapkan keje & tak nak bila orang bercuti sempena hari pekerja ...kawe masih lepak kat opis buat kerja..isshhh.
Alhamdulillah siap & dapat jugak le anak2ku balik jumpa ko dengan mak.
Awal plan kami nak bertolak malam tapi entah camne bila teringatkan anak2 ada tuisyen terpaksa tukar sesudah subuh. Haaa bila sebut sesudah subuh ni mesti kul 6 ke atas sebelum matahari terbit sebab kalau ikutkan dulu pernah bertolak waktu cam gini. Kereta tak banyak lagi & matahari pun tak terik sangat. Entah camne hari tu punya le susah nak kejutkan dia orang ni bangun tidur. Sudahnya` sesudah subuh' tu kul 930 baru bertolak. Kekanda kat pekan dah sibuk sms..."awak nak kuar sebelum solat jumaat ke?" hehe..perli le tu.
Sempat kami try lalu highway DUKE yang baru dibuka, lancar je & terus ke susur mrr2 sebelum tol gombak...sosak le pulak!.
Jammed yang amat hari tu..terkejut cik abe. Kuar lewat cam gini pun jam.

Selepas tol gombak pun dah slow.
Agaknya ramai yang ambik kesempatan bercuti ke pantai timur atau balik jenguk keluarga di kampung. Tapi rasa macam nak balik raya pulak gayanya.

Hehe..kereta kami `dicocok' oleh kereta cap kuda masa kat lancang...tengah jammed le tu.

Bila dah clear tak sempat lakiku nak `layan', kereta tu berdesup terus...ferrari lah.

Selalunya 3jam lbh je kami sampai kat pekan tapi hari tu lebih 4 jam...alhamdulillah selamat perjalanan kami.

emmm..mak dan ayah sihat begitu jugak 2 orang kekandaku yang tinggal berasingan yang sentiasa menjenguk mak dan jugak adik & iparku yang sudi menjaga emak dan ayah.
telur itik saiz lain2.

kat lpt highway
jammed lagi....
 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template