Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

2 komen sahabat
Semoga kita semua dapat menghijrahkan `diri' kita kepada yang lebih baik lagi dari apa saja yang akan kita lakukan. Kena sentiasa muhasabah diri selalu dan sabar menghadapi dugaan hidup pada tahun baru ni. InsyaAllah saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk suami, menjadi menantu yang sentiasa menghormati mertua juga ibubapa, menjadi ibu yang rajin `mengajar' anak-anak. Walau mungkin akan ada kekurangannya tapi kalau berusaha dan sentiasa sabar pasti ada hasilnya.

Sunday, December 28, 2008

Kerabu kering pucuk mengkudu

3 komen sahabat
Dah lama tak makan kerabu kering pucuk mengkudu dan pucuk ulam yang lain. Dulu selalu mak masak. Lepas makan kerabu ni kadang aktif sikit acara membuang angin. Balik kampung masa nak ambik anak2 baru ni sempat le cari pucuk mengkudu muda, daun sekentut, daun kunyit (takde dalam gambo) dan daun kaduk. Mak cakap kalau nak rasa pahit sikit elok jugak le letak pucuk sungkai (kawe dok kenal mana satu, tu yang tak pi cari). Ulam2 tu merata je boleh dapat kat kawasan rumah mak kecuali pucuk sungkai kena merayap sikit cari kat kawasan semak..takut. Kecik2 dulu boleh le sebab tak tau takut pun masa nak cari daun main pondok2

Bahan-bahannya:


daun sekentut (daun ni berbau mcm kentutss bila dicarik sikit), daun kaduk (lebih 10helai kut), pucuk mengkudu (banyak jugak kuantitinya, lagi banyak lagi sodap), daun kunyit (3,4 helai), halia, bawang merah (3,4 biji), bawang putih (1 labu) dan lada hitam (nak pedas letak le 2 pkt).

dimayam halus macam nih dan campurkan semua (dibasuh bersih).
jange lupo ikan bakar. Tak kisahlah ikan apa2 dan jangan ikan yang gatal dah le. Emak saya guna 1/2kg ikan. Bawang, halia dan lada hitam ditumbuk lumat dan kemudian campur la ikan bakar dan tumbuk lagi sampai hancur semua.
Kerisik kelapa lebih kurang 1/2 biji. Campurkan semua kerisik, bawang + ikan tadi dan jugak ulam-ulaman yang kita dah mayam halus tadi tu. Digoreng dalam kuali dengan api yang slow je tanpa minyak, jange lupo letak garam sikit. Bila dah kecut semua...

inilah hasilnya..
Kalau dalam pantang makan kerabu ni..ada gaya bertambah le. Masa mula kawin dulu Cik abe tak pernah makan ni tapi bila try aje dia plak yang ambik banyak.

*baru ku perasan macam2 bunga pinggan ada...emak ckp nak buat apa pulak ambik gambo ni semua. Saja nak promote masakan orang tua2. Kalau tak buat camni rugilah nanti tak reti

betul ke orang selalu cakap

1 komen sahabat
....jangan kita menilai seseorang tu dengan menengok luarannya saja cantik dan belum tentu hati budinya macam mana. Dan belum tentu yang kurang cantik rupa parasnya itu, hati budinya & perangai pun tak elok jugak ye. Ishhhh..macam2 le kawe ni


licin dan gebu jer, terliur bila tengok..bau pun wangi. Ini le mangga madu

tapi bila di kopek..macam ni lah didalamnya, banyak ulat
Yang ni pulak...tengok kat luar kulit punya le tak cantik..berjeragat je, pigment di sana sini.





tapi isinya peghhh..takde yang buruk pun, manis lagi. Alhamdulillah rezeki kami


Mangga saya tanam tu buruk sikitlah musim ni. Selalu berbuah tak pernah macam ni lagi. Jiran sebelah suruh beli `inngu' kat kedai india & try `cocok' (sapu kut) kat batang pokok tu supaya ulat tak memanjat..wallahualam. Dah dibungkus pun dan ikut petua mak..jange dibuat colek masa mangga tu muda belia lagi. Petua orang tua2 tapi kalau dah rezeki dapat yang berulat terima aje kan. Inggu tu apa ye?
Sesungguhnya segala yang ada di dunia ini pemberianNYA. Hanya terserah pada kita untuk mencorak sesuatu itu menjadi yang baik atau sebaliknya dan sentiasa berusaha, berdoa dan tawakkal...insyaAllah

kejutan budaya

0 komen sahabat
Alhamdulillah..selepas hampir sebulan lebih cuti sekolah dan anak2 ku dah sebulan `dihantar' ke rumah nindanya kat pekan, now semua dah kat sini.
Ayat pertama adikku cakap bila mula berborak dengan dia...anak-anak awak kena `kejutan budaya'. Terkejut jugak apa yang dimaksudkan. Haa..dia ckp lagi..`kejutan budaya makan banyak'. Emm kalau dok dengan mak saya tu memang le. mak suka melayan kerenah dia orang ni, lagi pun dia orang ni dah biasa tinggal dengan mak. Bb tu aje bila tengok pipi dah bulat semcam, belum lagi si abangnya. Kakak cakap ayie tu hari-hari tiap kali nak makan mesti ada selingan lauk lain, digoreng sendiri telur ayam atau itik
...bondaku masak sedap tu yang depa selera aje. Mamanya belum terer & kadang cilok tengok resepi..hehe biasa le tu.
Melepas le anak-anakku nak merasa kayuh sampan masa banjir sebab tahun ni belum ada tanda-tanda nak banjir.

Sunday, December 14, 2008

kenangan di rumah 4 musim

4 komen sahabat

Ni gambar lama masa pi rumah 4 musim kat Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam bulan julai dulu. Kami pilih naik bas je nak ronda2 kat dalam jenguk apa yang ada. Ramai jugak orang pada hari itu. Selepas turun bas kena menapak sikit lah kalau nak ke rumah 4 musim tu. Tengok keadaan taman ni macam sudah tidak diselenggarakan sangat oleh pihak berwajib. Ada yang masih tak perihatin membuang sampah merata + dah macam semak je. Kut sesiapa yang larat mengayuh beskal pun boleh jugak. Tapi kalau dah dengan anak2 nih rasa toksah le dengan keadaan jalan yg kadang berbukit sikit walau tak tinggi mana tapi penat jugak nanti. Tempat lain kami tak singgah pun sebab berjalan tengah hari bute so..lapor le. Pi tempat ni je






emmm...cantik

anak bujangku yang dah boring...bila diajak berjalan mcm ni lah. Dia lebih rela memerap kat rumah dengan alasan...dah beso dan dah puas berjalan masa kecik.
bunga lagi-lagi bunga..
Yang ni anak dengan mak...dah tinggi 2,3 inci dari emaknya. ayookkk dah tua!

Musykilnya...apa dah jadi

6 komen sahabat
dahan pokok mangga yang saya tut belum nampak nak keluarkan akar. Rasanya dah 3,4 bulan. salah teknik ke apa tak tau lah. Sabut pun masih ok lagi. Sabut tu import dari pekan lagi. Cakap ke mak kalau jadi nanti bawa balik sebatang...tapiii tak menjadi jugak.
jangan gelak tengok yang ni...macam pak pandir moden punya kerja je.



selingan mata ...

0 komen sahabat
tetamu yang suka singgah kat rumah saya..beso nih. nak zoom lagi tokleh doh (kamera ni koman sikit). Almaklum umah kat dalam hutan..mcam-macam haiwan ada.

Yang ni dah tersangkut kat ` perangkap cinta'

Tak pernah lagi selama saya tanam pokok bunga yang berbunga...pokok bunga tu akan berbunga, selalu langsung tak keluarkan bunga atau lepas berbunga terus pokok bunga tu mati. Yang ni cikliat yang bagi & try tabur dan berbunga akhirnya. Rasanya spesis bunga camni senang je nak berbunga

misai kucing..dah nak mati pun pokoknya, ngape tak tau lah. masa mula tanam banyak jugak keluarkan bunga.

Bunga apa ni ye...saya ni lupa bab nama bunga + kurang arif dan tak nak ambik tau sangat. Pokok ni dah lama berkubur...

ni bunga kucai...kalau diamati cantik jugak ye

kalau pokok ni banyak sangat benihnya bertaburan kat dalam pasu bunga & kat atas rumput


bunga yang ku sunting ada di laman orang..

Tuesday, December 9, 2008

The Monsoon Cup

3 komen sahabat
Tak sempat nak pergi terengganu tengok monsoon cup..
....emmm kita pakat tengok kat sini je lah ye. 2 bot je yang sempat daftar. Yang lain dlm proses nak `kasi cantik' (anakku cakap lah)



Yang ni mendahului...hala ke longkang

Yang 1 ni pulak dah sangkut kat ranting kayu.

Kenangan masa kecik2 dulu camni lah bila tiba musim hujan. Anak orang kampung, nak main game komputer masa tu mana le ada lagi. Kut ada Mp3 ke apa lagi memang tak mampu belilah.
Kadang sempat buat bot yg besar sikit. Kalau boleh diputarkan kembali emmm....seronok ye & masa tu campur tak tahu betapa banyaknya pacat & cacing yang panjang akan keluar.
Tapi takde le pulak demam bila main hujan, tak macam anak2 sekarang ye bila kena hujan sikit dah demam.

Di pagi hari raya aidil adha

2 komen sahabat

Salam lebaran aidil adha unutk semua. Alhamdulillah kami menghala ke Pekan tahun ni. Kat rumah mak tahun ni takde sesiapa pun nak buat korban, maybe next yr ada lah kut (ikut perancangan le, jadi ke tak wallahualam). Tahun lepas kami beraya di sungai buloh je sbb kat pekan banjir teruk jugak dan mak pun berpindah. Nak balik kelate rasanya 2 kali 5 je.
Tahun ni pulak kebetulan hari raya aidil adha dalam musim tengkujuh lagi...


awal pagi raya macam ni le keadaan cuaca hujan renyai & kadang lebat. Kami sampai kat pekan malam ahad pun dah hujan lebat. Rasanya hari ahad sebelah petang je hujan berenti sekejap. Dan sepanjang hari beginilah keadaannya.
Entah camne tengahari tu bekalan elektrik pulak terputus lebih kurang 3 jam. Apa lagi le, saya & anak2 sedara yg dah kenyang ulang 2,3x makan juadah raya pun...tidooo. Dah tak tau nak buat apa. Sedara mara pun takde sorang pun datang & nak pi rumah dia orang dlm keadaan tak mengizinkan dgn air dah banyak kat depan rumah (limpahan air hujan & bukan air sg pahang lagi) & hujan lebat..baik tido besar2kan badan je...hehe camni lah.

Saturday, December 6, 2008

Salam Aidil Adha...

0 komen sahabat

Wednesday, December 3, 2008

bilalah agaknya..

7 komen sahabat
...aku nak kurus. Balik kerja singgah kat pasar malam kejap & terserempak le dengan cik bibah kita yg dok kat anggerik sana (wife abg nuri). Dia dgn anak dara yg form 3 tu. Soklan cepumas utk aku...ngape sihat sangat nih, ada apa2 ke? Dah berapa bulan?. Perghhh...syahdu betul dengo. Nampak sangat badan ni memang dah `bulat' semacam.
Kena kurus badanlah lepas nih...jommmm

Tuesday, December 2, 2008

cara menghargai anak

5 komen sahabat
Sunyi le pulak anak2 takde ni tapi time ni lah aku boleh `pegang' komputer ni, kalau tak mau kena tunggu tgh malam atau kat opis je lah. Sesekali bagi dia org try game kat internet apa salahnya kan.
Kalau ada sapa2 terbeli mingguan wanita 28hb nov-4h dis mesti terbaca hal ni. Suka baca apa yg ditulis editor ni dan rasanya boleh kita jadikan panduan dalam kita nak mendidik anak2 nih. Aku ambik sikit je lah..kalau panjang lebar baik korang beli je majalah tu.
Banyak cara parents nak menghargai anak2 yang berjaya, salah satunya dan memang yg selalunya dibuat ialah berjanji nak beri hadiah apa saja yg termampu kalau anak2 berjaya. Selalunya `hadiah' ni adalah bertujuan utk memberi semangat dan rajin lagi berusaha agar berjaya lagi cemerlang. Mereka tak boleh menjadikan peperiksaan sebagai taruhan utk mendapatkan sesuatu. Hadiah hanyalah perangsang tapi keputusan cemerlang adalah hadiah paling utama utk masa depan mereka sendiri.Tapi kena diingatkan jugak bahawa hadiah berbentuk kebendaaan adalah sekadar bonus sahaja. Kita sebagai ibubapa kena jugak memotivasikan anak2 utk terus maju dan meghargai hasil usaha keras sendiri. Jangan dibezakan anak2 dalam hal mendidik dan yg harus diutamakan jugak..rezeki yg kita usahakan utk mereka ni adalah dari sumber yang halal.
Jangan sesekali kita mengukur kejayaan seseorang anak daripada berapa A yang diperolehinya, kerana kebolehan seseorang individu amat berbeza di antara satu dengan yang lain. Kita pun biasa melihat, masa di sekolah seorang anak itu agak lemah dalam pelajaran tetapi apabila menempuh alam kerjaya, dia lebih cemerlang daripada anak-anak yang mengutip markah A dalam setiap peperiksaan dulu. Oleh itu, kita sebagai ibubapa mesti lebih perihatin dalam menilik kemahiran masing-masing.

Ha...itulah sikit sebanyak yang sempat aku copy dari ulasan editor majalah mingguan wanita. Beliau mengulas pasal result upsr baru2 nih.

Fening le kepala aku nanti..thn 2010, 2 anak nak exam upsr/pmr. Adusss..tension le gamaknya nanti, sains/mate dlm b.i plak tu..lagi le tension
Tapi aku sentiasa percaya..setiap anak ada rezekinya.

Monday, December 1, 2008

bertuahnya anak

3 komen sahabat
Sepatutnya hari ni kena pi sek men ambik repot kad. Takpe, esok je lah pergi sbb aku tak sempat nak inform org kat opis ni lagi pun sek bagi masa 2 hari untuk parents. Haiii..entahlah camne result anak bertuah sorang nih. Mungkin dia masih belum ada kesedaran walau upsr dah dilalui. Dan dia belum sedar betapa pelajaran ni sgt penting utk masa depan. Ikutkan `berbuih' mulut ni nasihat macam2. Mendidik anak lelaki dan perempuan nmpak ada bezanya. Mungkin rezeki kami dan ada jugak anak lelaki org lain yg memang dah nmpak cerdik dari kecik lagi.
Bila sebut anak bertuah ni teringat aku pada 2 org makcik kat kampung. Makcik ni panggil anak mereka dengan nama TUAH. anak masing2 pompuan. Salah sorang tu senama le plak dgn aku. Mereka berdua ni setahun lebih muda dari aku. Mungkin atau kebetulan tak tau lah atau bak kata org tua2..panggilan kita hari2 pada anak adalah doa. Rezeki makcik2 tu..yang sorang tu selepas spm dulu dapat melanjutkan pelajaran ke uni al-azhar dan lagi sorang ke usa. Sampai sekarang kalau bercakap dgn makcik tu & bila bercerita hal anaknya..tak disebut nama tapi tuah je lah. Pada sapa2 yg tak tau mesti rasa pelik & ingat mesti anak lelaki.
emmm..nak kena panggil tuah jugak le lepas ni ke anak bujang ku yg memang bertuah sangat tuh. Aku sering menjadikan sepupu mereka sebagai idola & rasa tak perlulah org lain. Kalau nasihat anak lelaki yg sorang nih..tengoklah abg iwan, kiki & abg ijat tu. Dia org tu anak yatim, papa dah meninggal masa dia org kecik lagi. Ngah sorang je yg besarkan mereka tu & gaji ngah pun tak byk mana kan. Dia org rajin berusaha sendiri walau kadang ada benda yg tak dapat ngah bagi. Abg kiki & ijat dapat jugak ke asrama penuh & sekarang semua dah berjaya ke u. Cubalah jadi mcm dia org tuh. Senang je jawap..ye lah mama
insyaAllah..setiap anak ada perbezaannya dan ada kelebihan masing2 ye.
 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template