Tuesday, December 2, 2008

cara menghargai anak


Sunyi le pulak anak2 takde ni tapi time ni lah aku boleh `pegang' komputer ni, kalau tak mau kena tunggu tgh malam atau kat opis je lah. Sesekali bagi dia org try game kat internet apa salahnya kan.
Kalau ada sapa2 terbeli mingguan wanita 28hb nov-4h dis mesti terbaca hal ni. Suka baca apa yg ditulis editor ni dan rasanya boleh kita jadikan panduan dalam kita nak mendidik anak2 nih. Aku ambik sikit je lah..kalau panjang lebar baik korang beli je majalah tu.
Banyak cara parents nak menghargai anak2 yang berjaya, salah satunya dan memang yg selalunya dibuat ialah berjanji nak beri hadiah apa saja yg termampu kalau anak2 berjaya. Selalunya `hadiah' ni adalah bertujuan utk memberi semangat dan rajin lagi berusaha agar berjaya lagi cemerlang. Mereka tak boleh menjadikan peperiksaan sebagai taruhan utk mendapatkan sesuatu. Hadiah hanyalah perangsang tapi keputusan cemerlang adalah hadiah paling utama utk masa depan mereka sendiri.Tapi kena diingatkan jugak bahawa hadiah berbentuk kebendaaan adalah sekadar bonus sahaja. Kita sebagai ibubapa kena jugak memotivasikan anak2 utk terus maju dan meghargai hasil usaha keras sendiri. Jangan dibezakan anak2 dalam hal mendidik dan yg harus diutamakan jugak..rezeki yg kita usahakan utk mereka ni adalah dari sumber yang halal.
Jangan sesekali kita mengukur kejayaan seseorang anak daripada berapa A yang diperolehinya, kerana kebolehan seseorang individu amat berbeza di antara satu dengan yang lain. Kita pun biasa melihat, masa di sekolah seorang anak itu agak lemah dalam pelajaran tetapi apabila menempuh alam kerjaya, dia lebih cemerlang daripada anak-anak yang mengutip markah A dalam setiap peperiksaan dulu. Oleh itu, kita sebagai ibubapa mesti lebih perihatin dalam menilik kemahiran masing-masing.

Ha...itulah sikit sebanyak yang sempat aku copy dari ulasan editor majalah mingguan wanita. Beliau mengulas pasal result upsr baru2 nih.

Fening le kepala aku nanti..thn 2010, 2 anak nak exam upsr/pmr. Adusss..tension le gamaknya nanti, sains/mate dlm b.i plak tu..lagi le tension
Tapi aku sentiasa percaya..setiap anak ada rezekinya.

5 komen sahabat:

Anonymous said...

aikk... kata jangan terlampau kira pasal A so apa nak pening2 pasal upsr & pmr tapi kena warn them penting pelajaran gak kalau tak susah gak nanti...terima seadanya.

cikcah: on December 3, 2008 at 6:16 PM said...

yenadeyy..itu semua yg kita petik dr ulasan editor majalah tu lah pasal budak2 dpt result upsr baru nih. nak copy pjg lebar rasanya byk lagi tu. so ulasan kawe tang ujun tu je lah

cikcah: on December 3, 2008 at 10:47 PM said...

sam..saya tambah asam sikit je bab rezeki halal & tak bezakan anak2. yg lain tu copy je.

Anonymous said...

pngalamn sy tok sah dok kalut sgt masa upsr ni cik cah oiii pnjg lg masa anak sy tk ada yg A pn masa kat upsr ke pmr ke tp struggle aje time spm tp klu kat U pn tk study sggh2kantoi kena kluar juga ..masa koje pula klu pndai bodekkk bos laaagi la nk masuk U bkn kira pmr ke upsr ke kan kan kan kan

Anonymous said...

Setuju sangat apa yg cikcah tulis,tak semua yang dapat A tu,berjaya dlm idup. Tapi jangan abaikan anak-anak,takut ketinggalan dalam banyak hal-hang perak.

 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template