Sunday, November 30, 2008

InsyaAllah...

0 komen sahabat
2 hari sebelum besday hari itu, aku dpat sms dari Intan yg dok kat gopeng.."kak cik, maafkan intan kalau ada salah silap sepanjang perkenalan kita selama ini. Minta dihalalkan makan minum intan & kut ada apa kesalahan lain lagi yang intan tak perasan. InsyaAllah intan akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 10hb nov nanti bersama suami". Terkejut jugak sebab dia tak pernah cerita pun walau kami dah berbelas tahun tak berjumpa tapi sms selalulah. Aku pun balas..insyaAllah semoga semua selamat pergi & kembali. Dan sempat seloroh..11hb tu jange lupa. Balasannya lagi..InsyaAllah kami akan doa kan kak cik akan pergi jugak satu hari nanti.
Aku forward kan sms tu ke sorang lagi classmate dulu..zahir kat kuantan. Benornya saja nak info dia je. Tak sangka dia reply.."InsyaAllah kak cik saya pun akan ke sana jugak bersama isteri pada 27hb nov nanti. kak cik doa kan kami selamat pergi ye dan maafkan segala kesalahan saya".
Sebak pulak bila aku baca 2 sms tuh. Bilalah giliran kami ye.
2 sahabat lama dan sebaya pulak tu yang lebih dulu dapat pergi menunaikan haji.

InsyaALLAH...

adik angkat fafau hot fm

2 komen sahabat
Haaa..ini le `fif'i adik angkat fafau farah fauzana hot fm tu (marah dia kalau tau takde mende lain nak ngusik)

Hadiah untuk anak bujangku berkhatan 2 tahun lepas dari jiran jauh dok kat su2. Eda bagi 2 ekor tapi yg hidup sekor ni je. Eda kasi ni kononnya nak suruh anakku rileks sikit mind tu bila tengok kura-kura nih & tak pikir sgt hal sakit berkhatan. Anak2ku letak nama `fifi'. Entah tino ke jate kawe dok tau la. Eda beli 4 ekor, 2 lagi utk anak dia. Yang aku pelik, dia punya cepat je beso tapi anak aku punya kemetot lagi. Dah setahun lebih cam gitu gak. Ikutkan hari2 bagi makan. Tak lama lagi nak lepaskan. Sian pulak dia nak bebas & boleh cari makan sendiri.
fifi fafau..dekat le tu

panjang lagi umurnya

0 komen sahabat
Cuba korang tengok elok-elok gambor ikan yang kaler oren tu..mata sebelah kanan tu dah lama tercabut. Itulah kuasa Allah ye. Masih diberi peluang utk ikan tu hidup. Rasanya dah hampir setahun lebih ikan tu tercabut mata sebelah. Agaknya bergaduh sesama sendiri atau apa sebabnya tak perasan le plak.
Kalau awal pagi masa nak bagi makan tu, yg sekor ni le nmpak lapar sgt.

Saturday, November 29, 2008

jiran-jiranku

0 komen sahabat
Emmm...dah 6 tahun aku tinggal di rumah sendiri ni. Masa mula kawin menyewa apartment di jalan klang lama. Hampir 7 thn menyewa baru teringin nak beli rumah setelah terpikir betapa banyaknya $ uncle tu simpan atau dah nak habis bayar bila kami still menyewa di situ setiap bulan $550. kalau 7 thn..aku rasa memang dah nak abis. Baik kita perabihkan $ ke umah sendiri. Lagi pun uncle tu ada 3 lagi rumah sewa lain sedangkan dia tinggal kat kwsn setinggan pantai dalam je. Pandainya org nak berjimat dan simpan $ ye. Aku yang rugi & uncle yg untung.
Alhamdulillah walau jauh sikit dr pusat bandar kl & dari tempat kerja tapi aku rasa di sinilah rezeki kami dan sesungguhnya DIA maha mengetahui sesuatu itu dan sentiasa mendekatkan dan memudahkan segala urusan dan perjalanan kami.
Jiran2 pun ok dan bila sebut bab jiran ni aku pernah mendengar kuliah agama tajuk hak-hak jiran. Nabi Muhammada s.a.w pernah bersabda, hendaklah dimuliakan jiran-jiran. Jibril pun selalu berpesan kepada nabi supaya sentiasa berbuat baik dgn jiran. Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan akhirat..hendaklah memuliakan jiran dan tetamu. Salah 1 tanda kebaikan manusia adalah mempunyai jiran yg baik.
Sebenarnya jiran ni ada 3 hak: 1) Tanggung jwab padanya. Walau pun jiran tu org kafir, musyrik tapi kita berhak membantu. 2) Hak sebagai org islam. Ziarahlah ketika jiran ditimpa musibah, sakit dan sbgainya. 3) Hak hubungan kekeluargaan.
Bila jiran minta tolong kita kena beri pertolongan. Dalam hal meminjam pun begitu tapi rasanya berpada lah kut. Bagi aku le, kalau dpt yg jenis meminjam barang sampai sudah tak pulang..memang haru. Tapi itu antara dia dangan Allah. At least tanggungjwb kita dah selesai kira ok lah.
Ketika mereka dapat kebaikan ucapkan tahniah dan bila ada musibah ucapkan takziah. Jiran meninggal sebolehnya uruskan dan ikutlah jenazah hingga ke kubur. Ambil tau pasal anak2nya. Jangan lupa berilah apa yang ada pada makananan kita. Dan kadang kita tak tau..jangan renovate rumah hingga terhalang rumah jiran dan kena minta izin dulu. Ada kenduri kendara jiran yg terdekat haruslah dijemput dahulu dan jangan dibezakan.
waaa..bab kenduri tu la aku failed. Bila open house raya je aku selalu jemput jiran jauh & yg rapat tapi jiran ujung takde le plak. isshhh ini la...aku belum boleh dikategorikan jiran yg baik. Bukan mengata ke org tapi memang kena atas batang hidung sendiri.
Dah jauh dari keluarga ni aku rasa jiran le org pertama yg blh tolong kalau ada musibah sementara nak menunggu adik-bradik sampai. Ada jugak yang jenis tak suka jiran tolong dan ambik tau hal keluarga mereka ye. Itu yg kadang jadi masalah bila ada apa2 hal. Dan ada pulak bila kita ambik tau dikata jaga sangat tepi kain mereka (jgn bz body sangat, sikit2 cukuplah). Payah jugak kalau mcm ni sedangkan itulah yg dituntut agama islam.
Alhamdulillah semasa menyewa dulu dan sekarangpun kami dapat jiran yg cukup baik

wallahualam..


Kaduk tak naik junjung

4 komen sahabat
Pagi tadi pi bfast kat kedai pak andak sempat baca akhbar utusan m'sia & ternampak senyum kambing kat page 1 kat bawah tu...seperti kaduk naik junjung. Kartun tu nak mengulas hal pemimpin mca persoal konsep ketuanan melayu. Tapi aku idok le nak bercerita panjang & dah tentu hal tu bersangkut paut politik plak. masalah politik ni biarlah depa yg uruskan.
Aku nak berckp hal kaduk yang aku tanam dah menjalar sangat nih. Kak nor yang bagi kaduk nih & aku pun kononnya nak tanam le pokok herba sikit kat laman sekangkang kera tu. Korang tengok la ni..sejak hujan hari2 ni nampak subur yg amat le plak.

Masalahnya sekrang daun kaduk ni nak dibuat apa yek? Kalau bondaku di buat ulam utk laksa pahang je atau dimasukkan sekali ke dalam kerabu kering yg dicampur pucuk mengkudu,daun sekentut, daun kayu (nama apa ntah dok tau plak), ikan bakar, lada hitam & bawang. Nak dibuat ulam makan dengan nasi je sedap ke? Boleh untuk awet muda kot.

Jiran aku pernah tanya, ko tanam daun sirih tu utk apa? Haaa memang mcm daun sirih.
Tapi kaduk aku ni tak sempat nak naik junjung. Bila dah naik junjung kaduk bertukar jadi sirih le plak..auta aje

Friday, November 21, 2008

dah sampai pun...

6 komen sahabat
haa..ni le anak dara yang sempat diambik gambor.
Baru ni dah jual separuh so yang tinggal ni utk dibuat baka & akan dijual jugak nanti. Ada lagi tu..yang lain lepak kat tempat lain









sabtu baru ni anak ayam ku yang di oder dah sampai pun. Baru 50 ekor, kekandaku punya sampai 3 hari sebelum tu 75 ekor je.
Anak-anak ayam yang ada ni kena asingkan dulu & dok dalam reban yang kecik je. Minta-minta tak banjir le kalau tak haru gak jadinya nanti...insyaAllah teringin nak tambah reban lagi & kena standby pitih le gayanya.






Monday, November 17, 2008

cerita...dalam kenangan

2 komen sahabat
Gambar diambil semasa adikku kawin last year & 2 bln sebelum allahyarham meninggal dunia. Peliknya semua gambar yang diambil takde satu pun muka pandang tepat & lebih banyak sisi. Dia tak nak org ingat dia or camne tak tau la...kebetulan kot.

Anak saudara..Muhammad Nazrin bin Kamaruddin, 15 thn, meninggal dunia pada 8.05.07
..anak ke 2 dr 4 bradik. Kedua-dua belah kidney dah tak function.
Mula menghidapi penyakit ni semasa umurnya 7thn. Setiap bulan memang ada rawatan susulan tapi doktor ckp belum tahap serius. Semasa djh 6 abg ipar dah stopkan rawatan tu & doktor pun cadang bagi pil hormon utk cover sbb nampak ok dan kena jaga pemakanan je & tak boleh makan benda yg terlalu masin.
Ye lah..Allah lebih mengetahui segala-galanya.


Terlantar di hospital kuantan selama seminggu. Doktor try masukkan tiub kat perut..tak boleh & last cuba kat celah peha...tapi bleading aje. Aku tengok pun sedih...'Cik Sah tengoklah badan saya ni, saya pun tak tahu sampai bila saya mcm ni. Nanti tiap-tiap minggu saya kena cuci/tukar darah. Rasanya lebih byk kat hospital, sekolah pun tak tahu camne nanti"..
ditanya ngape tak bawak buku utk dibaca sbb tak lama lagi dia exam pmr. Dia hanya jawab ringkas.."tak guna dah cik saya baca buku". aku dah rasa lain mcm. Sempat dia pesan..suruh anak bujangku belajar rajin2 . Beria sungguh dia suruh cousin dia pi beli majalah humor & siap ckp lokasi kedai kat ktn parade. Rupanya itulah permintaan dia yg terakhir dari kami yg melawat petang hari tu dan itulah kenangannya.

Kakak ada cerita 2,3 hari sebelum meninggal allahyarham rajin membaca surah yassin sendiri .
Pagi selasa 8.5 tu allahyarham menghembuskan nafas terakhir setelah darah dah tak boleh circulate..reject semua, dah tak boleh buang air kecik & kidney betul2 dah rosak.
Dan kebetulan pada hari yg sama bondaku sepatutnya start kimo kat hkl. Alhamdulillah dgn izin dari doktor abang dapat bawa keluar mak utk menziarahi cucunya buat kali terakhir. Kawan sekelas allahyarham pun datang jugak dgn menaiki 1 bas sekolah.
Suamiku yg susah nak menangis pun blh terkeluar jugak airmatanya. Mana taknya..allahyarham lah org yg kami selalu bawa berjalan bila sesekali kami balik ke kg dan dia jugak lah jadi peneman suamiku nak lepak kat mana2.
Dan dialah satu2nya cucu/anak sedara yg `reti' bergaul dengan org tak kira umur org tu brape dan berbeza dgn cousin dia yg lain kekadang mcm2 perangai...memang friendly sgt, suka bergurau & suka tegur direct kalau ada benda yg tak betul
Selepas kematiannya aku dengar keadaan abg ipar cukup teruk...satu2nya anak lelaki (3 lagi pompuan) dr kecik ke hulu ke hilir bersama dan tak pernah sekali pun dipukul apatah lagi yang lain...
Allah lebih menyayanginya..

Alfatihah..semoga rohnya ditempatkan bersama anak-anak yang soleh

* tak dapat le nak dengar suara `bertekak' antara 3 sepupu..ijat, kak yin & allahyarhan najin yg selalu tak sependapat bila berborak & bincang

Saturday, November 15, 2008

cuti sekolah

8 komen sahabat
hari ini dah mula cuti sekolah. mujur aku isteri yang berkerja, kalau tak mau pening kepala dengan kerenah anak-anak. petang nanti kalau takde aral hajat nak hantar anak balik ke pekan.
minggu ni kekanda ku 2 org sibuk sms suruh anto anak3 org tu kelik kg, buat teman anak-anak dia org kat u yg akan balik bercuti nxt week. Nampak gaya 2 orang je la kat rumah nanti.
Banjir..camne yek kalau kat sana banjir lagi tahun ni. hope tak besar macam last year sampai mak berpindah. kalau banjir le mau payah kita orang nak ambik anak-anak nanti.
sunyiiiii lah aku atau fening le aku sebab selalu asyik `melalak' ke anak-anak.
hmmm..tu la

Friday, November 14, 2008

happy besday utk diri sendiri

4 komen sahabat
selamat hari ulang tahun kelahiran utk diri aku...pada 11.11. dah 38thn rupanya.
balik umah anak2 bagi hadiah. terharu aku sbb anak2 sanggup guna duit belanja sek yang abahnya bagi untuk beli mouse pad & pembalut. si kakak siap ckp, makcik yg jual tu bagi diskaun ke dia. aku tak pernah ajar dia org bagi hadiah pun. sempat le aku buat kek untuk anak-anak mlm tu tapi bentat lagiiii. nak kata silap resepi tak kut, cousin yang bagi resepi kek choc moist ni memang terer bab buat kek. tapi cheese kek aku buat elok le plak (tak byk kerenah kut cheese kek ni).


cik abe pung sibuk tunggu kul 1200 mlm nak wish besday...takde hadiah takpe yang pasti sentiasa ambil berat hal kami semua. harta & anak2 yang ada sekrang ni pun dah cukup.
haiii...byknya tanggungjwb & masalah bila dah tua2 ni.
impian aku 1 je..nak pi menunaikan haji ke mekah ngan suami & ada rezeki bwk anak2 sekali. Nak pi berjalan ke tempat lain mcm ke london, paris, indon ke..rasa tak payah la.
Banyak lagi tanggungjwb aku sebagai isteri/ibu/anak yang belum dapat aku tunaikan. Kadang kena muhasabah diri sendiri selama hidup ni apa yang dah aku buat untuk balas jasa emak/ayah/suami/anak2/jiran. Pengorbanan dari segi apa yang patut aku buat lagi ye...emmm dah nak akhir zaman ni, insyaAllah sempat lagi .
Harapan aku biarlah anak2 yang ada ni jadi orang yang berjaya dlm hidup dan taat dgn ajaran agama islam.
11.11 tu...pagi2 buta jiran jauh..si laila dah sms wish besday, tq..kekanda ku sorang silap ari bln plak buleh ke 10hb..awai sgt.
syukur padaNYA kerana diberikan waktu utk aku melyari hidup ni dan "Ya Allah, semoga aku diberikan sifat qanaah dan sabar dgn dugaan hidup"
 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template