Saturday, November 29, 2008

jiran-jiranku


Emmm...dah 6 tahun aku tinggal di rumah sendiri ni. Masa mula kawin menyewa apartment di jalan klang lama. Hampir 7 thn menyewa baru teringin nak beli rumah setelah terpikir betapa banyaknya $ uncle tu simpan atau dah nak habis bayar bila kami still menyewa di situ setiap bulan $550. kalau 7 thn..aku rasa memang dah nak abis. Baik kita perabihkan $ ke umah sendiri. Lagi pun uncle tu ada 3 lagi rumah sewa lain sedangkan dia tinggal kat kwsn setinggan pantai dalam je. Pandainya org nak berjimat dan simpan $ ye. Aku yang rugi & uncle yg untung.
Alhamdulillah walau jauh sikit dr pusat bandar kl & dari tempat kerja tapi aku rasa di sinilah rezeki kami dan sesungguhnya DIA maha mengetahui sesuatu itu dan sentiasa mendekatkan dan memudahkan segala urusan dan perjalanan kami.
Jiran2 pun ok dan bila sebut bab jiran ni aku pernah mendengar kuliah agama tajuk hak-hak jiran. Nabi Muhammada s.a.w pernah bersabda, hendaklah dimuliakan jiran-jiran. Jibril pun selalu berpesan kepada nabi supaya sentiasa berbuat baik dgn jiran. Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan akhirat..hendaklah memuliakan jiran dan tetamu. Salah 1 tanda kebaikan manusia adalah mempunyai jiran yg baik.
Sebenarnya jiran ni ada 3 hak: 1) Tanggung jwab padanya. Walau pun jiran tu org kafir, musyrik tapi kita berhak membantu. 2) Hak sebagai org islam. Ziarahlah ketika jiran ditimpa musibah, sakit dan sbgainya. 3) Hak hubungan kekeluargaan.
Bila jiran minta tolong kita kena beri pertolongan. Dalam hal meminjam pun begitu tapi rasanya berpada lah kut. Bagi aku le, kalau dpt yg jenis meminjam barang sampai sudah tak pulang..memang haru. Tapi itu antara dia dangan Allah. At least tanggungjwb kita dah selesai kira ok lah.
Ketika mereka dapat kebaikan ucapkan tahniah dan bila ada musibah ucapkan takziah. Jiran meninggal sebolehnya uruskan dan ikutlah jenazah hingga ke kubur. Ambil tau pasal anak2nya. Jangan lupa berilah apa yang ada pada makananan kita. Dan kadang kita tak tau..jangan renovate rumah hingga terhalang rumah jiran dan kena minta izin dulu. Ada kenduri kendara jiran yg terdekat haruslah dijemput dahulu dan jangan dibezakan.
waaa..bab kenduri tu la aku failed. Bila open house raya je aku selalu jemput jiran jauh & yg rapat tapi jiran ujung takde le plak. isshhh ini la...aku belum boleh dikategorikan jiran yg baik. Bukan mengata ke org tapi memang kena atas batang hidung sendiri.
Dah jauh dari keluarga ni aku rasa jiran le org pertama yg blh tolong kalau ada musibah sementara nak menunggu adik-bradik sampai. Ada jugak yang jenis tak suka jiran tolong dan ambik tau hal keluarga mereka ye. Itu yg kadang jadi masalah bila ada apa2 hal. Dan ada pulak bila kita ambik tau dikata jaga sangat tepi kain mereka (jgn bz body sangat, sikit2 cukuplah). Payah jugak kalau mcm ni sedangkan itulah yg dituntut agama islam.
Alhamdulillah semasa menyewa dulu dan sekarangpun kami dapat jiran yg cukup baik

wallahualam..


0 komen sahabat:

 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template