Dah seminggu baru hari ni berkesempatan nak menulis, dek kerana sibuk dengan hal dunia dan tanggungjawab pada suami/anak2 dan belum terlewat nak mengucapkan `Selamat Hari Ibu' untuk semua ibu2 dan istimewa untuk ibuku Hjh Zawiyah Hj. Ismail dan tak lupa ibu mertuaku Pn. Rohani bt. Hj. Harun. Jasa ibuku takkan ku lupa walaupun diri ini tak dapat nak tunaikan impianmu suatu ketika dulu tapi alhamdulillah dengan apa yang ada sekarang, tak seperti yang diimpikan dulu..kami bahagia seadanya...terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar selama aku bergelar seorang ibu. Untuk mertuaku...dirimu banyak mengajar aku erti hidup dan sabar dengan ketentuanNYA. Walau pada hakikatnya dulu aku bukan pilihanmu tapi aku tabah dan percaya setiap sesuatu perkara yang terjadi ada hikmahnya dan insyaAllah kami bahagia meski pun kami tidak seperti anak/menantu yang lain. Buat anak2ku..terima kasih kerana memahami kerenah aku yang terkadang kalahkan penceramah bebas bila masuk waktu belajar.
..di pagi ahad lepas dpat sms dari temanku Eda, zalma..emm banyak rahsia antara kita, dari k.limah dan pagi isnin dari k.hani... ..di pagi ahad juga suamiku sempat menelefon ibunya untuk mengucapkan `selamat hari ibu'.
Sejak 2 menjak ni bz yang amat dengan hal2 dunia kat opis tu sampai tak sempat nak jenguk blog ni. Sebelum cuti hari pekerja dulu pun dah kalut semacam sebabnya nak kejor siapkan keje & tak nak bila orang bercuti sempena hari pekerja ...kawe masih lepak kat opis buat kerja..isshhh. Alhamdulillah siap & dapat jugak le anak2ku balik jumpa ko dengan mak. Awal plan kami nak bertolak malam tapi entah camne bila teringatkan anak2 ada tuisyen terpaksa tukar sesudah subuh. Haaa bila sebut sesudah subuh ni mesti kul 6 ke atas sebelum matahari terbit sebab kalau ikutkan dulu pernah bertolak waktu cam gini. Kereta tak banyak lagi & matahari pun tak terik sangat. Entah camne hari tu punya le susah nak kejutkan dia orang ni bangun tidur. Sudahnya` sesudah subuh' tu kul 930 baru bertolak. Kekanda kat pekan dah sibuk sms..."awak nak kuar sebelum solat jumaat ke?" hehe..perli le tu. Sempat kami try lalu highway DUKE yang baru dibuka, lancar je & terus ke susur mrr2 sebelum tol gombak...sosak le pulak!. Jammed yang amat hari tu..terkejut cik abe. Kuar lewat cam gini pun jam.
Selepas tol gombak pun dah slow.
Agaknya ramai yang ambik kesempatan bercuti ke pantai timur atau balik jenguk keluarga di kampung. Tapi rasa macam nak balik raya pulak gayanya.
Hehe..kereta kami `dicocok' oleh kereta cap kuda masa kat lancang...tengah jammed le tu.
Bila dah clear tak sempat lakiku nak `layan', kereta tu berdesup terus...ferrari lah.
Selalunya 3jam lbh je kami sampai kat pekan tapi hari tu lebih 4 jam...alhamdulillah selamat perjalanan kami.
emmm..mak dan ayah sihat begitu jugak 2 orang kekandaku yang tinggal berasingan yang sentiasa menjenguk mak dan jugak adik & iparku yang sudi menjaga emak dan ayah.
sedihhh... silap bagi makan banyak ke apa tak tau. Kelmarin 4 ekor ikan lampam hak kawe bela dah selebar tapak tangan org tua..dah pergi meninggalkan kekawannya yang lain. Rasa kawe le air kotor atau anak bujangku terbagi makanan byk kut. Tak sempat nak ambik gambo terakhir sebab kalut nak bersihkan akuarium tu. Sebelum pi keje rutin seharian kawe yang sedekahkan makanan ni. Kebiasaannya ikan2 ni akan berkumpul & rapatkan diri kat cermin, macam tau2 je makanan dah sampai lebih2 lagi si oyen yang bermata satu tu.Ada 1 hal yang pelik dipagi hari sebelum depa ni `pergi'. Entah camne pagi tu kawe tengok depa buat dek le pulak. Dah terbiasa `bercakap' dengan ikan2 ni & sambil hulur makanan ke jiran sebelah si fifi kura2 yang dah beso sikit. Citer ngan cik abe ngape ek ikan tu buat dono je...dah kenyang ke apa. Haaa balik keje petang...ada 3 ekoq dah tak bernyawa..ajalnya dah tiba. Sedekah ke kucing le. Sehari sebelum tu dah sekor mati. Nak dikunyitkan & goreng tak `kuasa' le kawe tapi ada ke orang bela ikan dlm akuarium & pastu bila takde lauk amik...hehe tak sanggup. Haiii...nak kena pi beli ikan baru le gayanya. Nak try bela ikan patin
1 topik menarik yang saya copy dari akhbar berita minggu dan rasanya ramai ibubapa yang sering menghadapi situasi sebegini:
Sebagai ibu bapa, anda harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati anak-anak anda
"MAK, tengok abang ni, main tolak-tolak,” atau anda akan kedengaran, “Abang dulu, abang dulu, tepi.. tepi.” Sebagai ibu bapa anda tentu sudah biasa mendengar ayat berkenaan. Pergaduhan antara adik beradik memang sebahagian daripada proses pembesaran mereka. Selalunya, pergaduhan atau bibit-bibit cemburu dimulakan oleh anak yang tua. Misalnya anak sulung yang cemburukan kelahiran adik atau anak tengah yang cemburu pada adik baru. Bagaimanapun, ada juga di kalangan kanak-kanak ini akhirnya mampu bersahabat baik dengan adik beradik sendiri dan saling mempercayai.
“Letihlah tengok budak-budak ni, asyik bergaduh saja.” Anda juga biasa mendengar luahan seperti ini dari rakan anda. Mengapa kanak-kanak bergaduh?
Sebenarnya banyak perkara boleh menyebabkan kanak-kanak bergaduh. Walaupun ada kalanya sebagai ibu bapa, kita merasakan ia perkara remeh temeh, namun bagi mereka itu adalah soal besar. Apatah lagi di kalangan si abang atau kakak, rasa cemburu atau ingin bersaing sentiasa ada dalam diri mereka.
Namun, pergaduhan antara adik beradik adalah perkara universal dan normal. Malah, ramai yang berpendapat ia tanda keluarga yang sihat. Kehidupan orang dewasa atau kehidupan sebenar di dunia ini juga penuh pertelingkahan dan pertikaian.
Pergaduhan adakalanya bermula di meja makan.
Bagaimanapun, itu tidak bermaksud anda perlu membiarkan saja mereka bergaduh terutama apabila mungkin membabitkan kecederaan fizikal, caci mencaci atau penggunaan kata-kata kesat. Anda sebagai ibu bapa harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati kedua-dua anak anda.
Mengapa mereka bergaduh?
Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain.
Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain.
Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.
Mereka inginkan perhatian ibu bapa atau kakak atau abang.
Bagaimana anda menangani pergaduhan anak-anak?
Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri.
Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.
Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat.
Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.
Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian.
Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya berkhemah atau melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.
Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan.
Bantu anak anda membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil.
Apabila mereka bergaduh anda cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh.
Paling utama, jika anda kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku anda mudah ditiru anak.
nak merapu sikit nih. dah boring sangat tak tau apa nak buat. nak search web lain malas yang amat. cemburu? emm.. apasal pulak ni boleh terkeluar bab cemburu. Tu lah kadang terselit perasaan ni pada sesiapa pun tapi cemburu sebab dan dengan siapa pulak ek??
1) suami...takut suami cari lain???. kalau suami dah berusia tapi masih bergaya macam zaman muda belia mesti terkadang timbul jugak perasaan ni ye. Buruk sangka mesti adanya kalau tak kuat iman. Maybe sebab si isteri perlukan perhatian atau memang suami dah start pasang badan coz selalu org lelaki cakap.."life begins at 40's". Sepatutnya bila umur dah cecah 40 ni dipertingkatkan lagi amal ibadat untuk bekalan di akhirat nanti. Bukannya mula mencari `cawangan' lain. Apa pun tak kisahlah janji suamiku toksey cari lain & kena keep slim le..adusss tang ni payah banyak. Dugaan makanan terkini banyak sangat. Patut suami terima seadanya kita. Kan ada doa yang elok kita amalkan seharian
2) dengan kekawan....apa lagi yang tak kena ye. Tak kisahlah kawan naik pangkat ke, dapat bonos lebih ke, gaji naik tegak semacam ke..tak kisahlah, dah rezeki masing2. Kadang belajo tinggi mana pun mesti ada kekurangannya sbb Allah tu maha adil. Yang penting kita bahagia dengan apa yang ada. *teringin sangat nak jumpa classmates yang sama2 belajo dr form 1-3 & same kelas lagi bila form 4,5 sc alpha dulu.. siew peng & gek cheng yang sekrg bertugas di hospital mana entah...cemburu sesangat ngan dia orang ni sbb berjaya menjadi doktor sedangkan akuuu hanya kuli yang maleh belajo rajin2 masa sek dulu..uhuk uhuk sedih bila ingat. tak boleh lupa dan jange tanya...semua tu kenangan seumur hidup yang tak boleh di flashback.
3) jiran tetangga....isshhh tak abis2 lagi ke jealous ngan jiran. Apa yang tak kena dengan jiran nih?. Jange amalkan dan kena berbaik sangka dengan jiran. Biarlah jiran baru beli kereta grand livina ke, sofa baru ke tak pun reno fencing baru ke..dah rezekinya. Tapiiii kalau kucing jiran lepak sambil membuang najissnya berulang kali kat laman rumah kita camne pulak ek? Ni bukan kes cemburu lagi tapi kes..maree dalam diam. Jangan memilih jiran ye, tak baik untuk kesihatan...
4) mak mertua....apa ke hal nya?..haaa ni mesti mak mertua pilih kasih antara menantunya. Biarlah janji usben kita sayangkan kita dah le. Tu hak dia nak memilih ke, nak pangkah mana yang dia suka ke tapi jangan dicantasss dah le. Emmm..bodek lebih sikit mesti mak mertua sukanya.
..itulah masalah yang selalu orang hadapi. cemburu ke sapa lagi ye. Ohhh..cemburu tgk orang kaya & kita susah ke?? Biarlah tu, kekayaan harta dunia tak boleh dibawa ke akhirat pun kecuali zakat dari harta itu saja yang akan dinilai. cemburu tengok anak orang lain berjaya dan anak kita tidak??..insyaAllah semua anak ada rezeki yang ditentukan olehNYA dan kena berusaha.
apa-apa aje lah ye...meh layan kartun sikit untuk release segala tension, cemburu or apa2 yang sewaktu dengannya. Patutnya kalau hati tak tenteram banyakkan berzikir, pahala pun dapat.
Dah 4 bln tak jenguk KO dan emak kat pekan. Last masa anak2 dihantar bercuti kat sana masa cuti sekolah bln dec dulu. Bila sebut bab KO mesti orang tertanya ngape dipanggil ko (bukan k o ye tapi ko) dan siapa ko?. Ayahanda tercinta kami diberi gelaran KO oleh cucu2nya sejak dari cucu pertama si iwan dan abis semua cucu2nya memanggil datuk mereka ko aje. Si iwan masa kecik dulu dah diajar panggil Tok ki sebab orang pekan ramai panggil tok ki je. Tapi entah camne dia payah nak sebut atau bercampur pelat, sampai ke sudah disebut ko je. Dan bukan ayah saya je macam tu..abis semua tok sedara kami dipanggil dgn ko di hadapan nama spt Ko chik, ko amin, ko abah, ko teh & mcm2 ko. Nak dibetulkan balik mennjadi tok ki dah payah kut. Hehe..mujur takde ko pi yek. Ko yang masih sihat & beruban sedikit je walau usia dah cecah lebih 70an. Sakit sikit tu adalah kadang2..sakit org tua. Pendengaran pun dah kurang jelas tapi masih larat membersihkan laman rumah sekali-sekala tu. Bz dgn ayam itik. ...emmm tak payah le citer panjang... rindunya pada ko & emak. Next week kena balik jugak le gayanya
Mengapa ye orang tua kita dulu2 suka berpesan camni:
untuk budak kecik.... -jange suka main sorok2 nanti kena sorok dek hantu k****. -jange duduk atas bantal nanti punggung naik bisul -jange kentut bila mandi nanti tengah solat terkentut pulak (apa kena mengena angin kuar masa mandi dgn angin nak kuar masa solat ek??) -jange main tanah sangat nanti cacing masuk dalam perut (ye kut)
untuk orang muda belia specially pompuan.... -jange nyanyi kat dapur nanti kawin org tua. (hak ni kawe dulu2 selalu gak buat..alhamdulillah jodoh Allah yang tentukan) -jange makan depan muka pintu nanti takde orang nak meminang (apa kena mengena pulak ye) -jange suka dok kat tiang seri nanti jadi apa2. (jadi apa ye..macam citer keliwon hantu tiang seri jer tapi yang pi buat umah ada tiang seri buat apa yek) -jange suka tongkat dagu termenung nanti rezeki tak masuk (memang le..kalau termenung memanjang & tak buat keje mana le rezeki nak masuk)
Firman Allah S.W.T;
"Hai orang-orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar". Surah al-ahzab (33:70-71)
Nasihat Luqmankepada anaknya dari Surah Luqman: (sebenarnya banyak tapi hanya ini yang sempat saya tulis)
"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar." :Ayat 12
"Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di alngit atau di bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Mengetahui." :Ayat 16 *yang dimaksudkan dengan "Allah Maha Halus" ialah ilmu Allah itu meliputi segala bagaimana pun kecilnya.
"Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)" :Ayat 17
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri" :Ayat 18
"Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" :Ayat 19
"Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil) dan apabila wanita melahirkan anak maka keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya"
Khasiat buah-buahan
Yang dipetik dari buku `Panduan mencerdaskan minda' ditulis oleh Ustazah Siti Norbahyah Mahamood dan Jaafar Salleh. Bukan ciplak tapi untuk dikongsi bersama
Kurma dan kismis: Terlalu banyak khasiat buah kurma dan kismis ni Tembikai: Rasulullah s.a.w bersabda: "makanlah ini (buah tembikai) dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga." dan "Allah merahmati orang yang memberi makan kita dengan tembikai ini." Memakan buah tembikai sebelum masa makan membersihkan perut dan mengeluarkan penyakit. Dimakan dengan cara digigit dengan gigi dan jangan dipotong kecil-kecil kerana ia buah yang baik utk membersihkan mulut, mendatangkan rahmat kepada jantung dan memutihkan gigi.
Halia: Sebaik-baik halia ialah halia bara. Dalam al-quran, Allah berfirman maksudnya:"Mereka (orang yang bertakwa di dalam syurga) diberi minum segelas air yang bercampur dengan halia". (surah al-insan:17)
Limau: boleh mengemaskan bebenang jantung dan menambahkan fikiran
Anggur: Makanlah sebiji demi sebiji kerana lebih berkhasiat
Buah berangan: Boleh mencerdaskan akal dan menghilangkan penyakit
Badam: mencergaskan akal dan membantu mencerahkan mata
Buah tin: menjegah dari penyakit buasir dan gaut
Bawang putih: Boleh menghilangkan balgham (lendir/kahak) yang menyebabkan lupa. Dimakan mentah atau dimasak.
Terung: Banyakkan memakan terung. Kalau dimakan sebagai penyakit, maka ia adalah penyakit. Dan siapa yang memakannya sebagai ubat maka baginya ia adalah ubat.
Makanlah buah-buahan di awal musim kerana ia menjana kesihatan dan menghindarkan diri dari penyakit tapi janganlah makan buah-buahan di hujung musim kerana ia akan membawa penyakit ke badan
**banyak lagi khasiat buah-buahan dan ulam-ulaman yang ada disekeliling kita. Kita patut sentiasa bersyukur dengan semua pemberian dariNYA.
Bersederhanalah dalam semua perkara
Petua kuruskan badan
Loading...
kata orang.... "Sebelum kita menilai seseorang, kita perlu menilai diri sendiri dulu, apakah kita baik dan sudah sempurna"
Petua orang tua
Petua orang tua dan orang muda yang diambil dari majalah:
Buang lemak di pangkal peha -rebus sedikit jintan manis bersama 5 hingga 6 cawan air sehingga mendidih. Biarkan 3 cawan. Minum setiap pagi dan petang selama sebulan
Kek tidak melekat - sapukan mentega pada loyang dan taburkan sedikit tepung.
Hilangkan pahit bunga betik - rebus bunga betik bersama daun jambu batu. Biarkan seketika.
Ayam tidak berbau hanyir - rendam dengan daun pisang. Biarkan selama beberapa minint dan cuci spt biasa. **biar betul..tak pernah pulak dengo camni. Mak mertua saya rendam dgn air asam jawa atau basuh dgn tepung gandum
Kulit licin berseri - air basuhan beras yg ke 2 tu boleh dibuat air kita mencuci muka. Biarkan air tu mesra kat muka kemudian baru dibilas. - lecekkan buah tomato dan sapu kat muka. Biarkan seketika pastu baru basuh. - ambil 1 uncang teh yg sudah digunakan dan keluarkan serbuk teh ke dalam mangkuk kecil. Tambahkan 1 sudu kecil susu tepung & 1 sudu kecil madu. Gaulkan dan lumur ke seluruh wajah dan leher. Biarkan kering dan gosok. Cuci wajah anda, amalkan seminggu 2 atau 3 kali - kisar atau tumbuk avocado yg sudah masak hingga hancur. Sapukan pada wajah dan biarkan seketika. Bilas dgn air suam. Atau kisar avocado dgn putih telur yg telah dipukul. sapukan pd wajah, biarkan sekejap dan basuh le **banyaknya petua bab nak melicinkan kulit muka ni ye. Alah beli je macam2 pencuci muka..senang & cepat. Ni le orang muda yang tak suka dengo ckp org tua
Rambut sihat - ambil setengah biji kelapa parut dan perahkan setengah biji limau nipis. Lumurkan pada rambut yang basah dan bilas dengan air sehingga tiada hampas.
Awet muda - beberapa helai daun sirih, ibu kunyit, halia seinci, serai sebatang. Semua direbus dengan air 3 cawan. Jadikan rebusan menjadi 1 cawan. Amalkan diminum setiap pagi. Berselawatlah dulu sebelum minum. Nak tambah manjakani pun ok jugak.
emmm..lmacam2 petua
*petua orang dah hilang le pulak
Iklan sendiri
Telur itik masin untuk di jual. Berminat sila hubungi: cikcah@gmail.com atau cikcah@yahoo.com
Sabda Rasulullah S.A.W, "Kekayaan tidak dinilai daripada banyaknya harta, tetapi kaya jiwa" (H.R at-tirmizi dan ibnu majah)
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila jiranmu mengatakan kamu baik, maka kamu benar-benar baik. Dan apabila mereka mengatakan kamu jahat, maka kamu benar-benar jahat." (H.R Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Thabrani)
Rasulullah S.A.W bersabda, "Semua wang ringgit yang dibelanjakan boleh menjadi fisabilillah kecuali duit yang dibelanjakan untuk membina rumah" (H.R at-Tirmizi)
Firman Allah S.W.T; "Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi sesiapa yang Dia kehendaki). Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) dibanding kehidupan akhirat." Surah ar-Ra'd (13: 26)
Followers
Firman Allah s.w.t; "Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah". Surah luqman ayat 33
Setiap perkara yang dilakukan dengan ikhlas, tidak diselangi sifat mazmumah akan sentiasa di permudahkan, sentiasa dilindungiNya dan balasan dari Nya tetapi bila setiap perkara yang dilakukan kerana niat tertentu pasti kelak hanya sementara.