Sunday, May 17, 2009

Selamat hari ibu


Dah seminggu baru hari ni berkesempatan nak menulis, dek kerana sibuk dengan hal dunia dan tanggungjawab pada suami/anak2 dan belum terlewat nak mengucapkan `Selamat Hari Ibu' untuk semua ibu2 dan istimewa untuk ibuku Hjh Zawiyah Hj. Ismail dan tak lupa ibu mertuaku Pn. Rohani bt. Hj. Harun.
Jasa ibuku takkan ku lupa walaupun diri ini tak dapat nak tunaikan impianmu suatu ketika dulu tapi alhamdulillah dengan apa yang ada sekarang, tak seperti yang diimpikan dulu..kami bahagia seadanya...terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar selama aku bergelar seorang ibu.
Untuk mertuaku...dirimu banyak mengajar aku erti hidup dan sabar dengan ketentuanNYA. Walau pada hakikatnya dulu aku bukan pilihanmu tapi aku tabah dan percaya setiap sesuatu perkara yang terjadi ada hikmahnya dan insyaAllah kami bahagia meski pun kami tidak seperti anak/menantu yang lain.
Buat anak2ku..terima kasih kerana memahami kerenah aku yang terkadang kalahkan penceramah bebas bila masuk waktu belajar.


..di pagi ahad lepas dpat sms dari temanku Eda, zalma..emm banyak rahsia antara kita, dari k.limah dan pagi isnin dari k.hani...
..di pagi ahad juga suamiku sempat menelefon ibunya untuk mengucapkan `selamat hari ibu'.

4 komen sahabat:

Anonymous said...

oh syahdunya baca entri mu....sebak pun ada. serius ni...

KC

Muhammad Ibn Nazir on May 21, 2009 at 4:40 PM said...

salam...
Allah s.w.t Berfirman:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (surah Al-Israa' - ayat 23 & 24).

Saya tertarik dengan suatu riwayat semasa di zaman Rasulullah s.a.w di mana seorang pemuda yang patuh dan taat akan ibunya, pemuda tersebut bernama wais'. Wais merupakan seorang pemuda yg sering menjaga akan kebajikan ibunya, sehinggakan segala kerja-kerja harian ibunya ia patuh tanpa sebarang membantah sekalipun. Akan sebab itu Allah menguji ketaatan wais, bilamana ibunya jatuh sakit, namun itu semua bukan penghalang untuk ia menjaga dan mentaati suruhan ibunya. Namun hati wais amat tertarik dengan Nabi s.a.w, dan dia ingin benar hendak berjumpa dan bersalaman dengan Rasulullah s.a.w. akan sebab itu juga, ia meminta izin kepada ibunya supaya membenarkan ia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w walaupun seketika. Ibunya agak keberatan atas faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan untuk anaknya wais pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. Namun ia tetap mengizinkan agar wais pergi, lalu wais berjanji kepada ibunya bahawa, selepas ia berjumpa Nabi s.a.w, ia akan bersegera pulang menemui ibunya dan menjaganya semula.

Wais berjalan dari Yaman ke mekah dengan merentasi padang pasir yang tandus dan kering dengan lebih dari 1000km jauhnya semata-mata ingin berjumpa Nabi s.a.w. setelah segala dugaan di dalam perjalanan itu dia lalui, maka sampailah dia di rumah Nabi s.a.w. Pada ketika itu hanya isteri Nabi s.a.w yang berada di rumah tersebut iaitu Aisyah r.a., lalu Aisyah berkata kepada wais, bahawa nabi tiada di rumah, lalu dengan hampa sekali wais terdiam lalu mengigati akan janjinya terhadap ibunya. lalu wais berangkat pulang ke rumahnya, walaupun hasratnya untuk berjumpa Nabi s.a.w tidak kesampaian, tetapi janji kepada ibu tersayangnya wajib ia tepati. Ia berangkat pada masa itu juga.

Berita tersebut tersebar ke atas para sahabat Nabi s.a.w. lalu mereka pergi ke yaman untuk berjumpa dengan Wais, pada masa itu wais masih tidak mengaku dirinya sebagai pemuda tersebut yang sanggup berjalan beribu-ribu batu untuk berjumpa Nabi s.a.w, namun berpatah semula kepada ibunya bila Rasulullah s.a.w tiada di rumah atas sebab taat dan patuhnya ia terhadap ibu kesayangannya. Apa yang memeranjatkan para sahabat Nabi s.a.w adalah bila mana mereka berjumpa dengan pemuda yang mereka cari itu (wais) ia seakan tidak percaya, bahawa pemuda tersebut berpakaian koyak rabak, lusuh dan mempunyai identiti seorang yang fakir miskin, tetapi jiwa dan semangat wais tidak dapat dibeli dengan perwatakan yang menarik, dan ia merupakan seorang yang taat dan patuh akan perintah ibunya. kepatuhan terhadap ibunya itu lah membuatkan para sahabat mengangkatnya sebagai seorang yang murni dikalangan para sahabat solehin pada masa itu. renungkanlah kita semua, betapa jitu dan tekunnya seseorang itu mentaati ibunya, diibaratkan juga ketekunan itulah memberi kita semua seribu pengajaran dan ikhtibar yang ukhwah dalam diri kita, hargailah ibu kita selagi ia masih hidup, doakanlah selalu pada mereka, ingat! jika kamu tidak mentaati ibu kamu, jangan harap kita semua dapat mencium bau syurga, kerana bau syurga itu dapat dihidu walaupun seinchi dari jarak kita. WaAllahu'alam.

Muhammad Ibn Nazir
www.mujahidincyber.blogspot.com

JiwaKosong on January 25, 2010 at 1:41 PM said...

Salam ziarah,ape khbr ? bosan x ? kalau bosan,try singgah blog sye ni di http://tolongsenyap.blogspot.com ,sure xbosan,huhu ok bye

working mom... on May 9, 2011 at 4:02 PM said...

selamat hari ibu kak..ehhehe :)

 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template