Sunday, March 29, 2009

terima kasih abahnya...

6 komen sahabat
8 tahun lepas pi zoo melaka semasa dia orang ni kecik lagi, `baby' baru pandai berjalan & tak reti nak baca nama2 binatang yg ada kat situ.

Kami sampai kebetulan hujan renyai so banyak le binatang yg alergik dgn air ni yg menyorok. Si belang 3 ekor ni on the way nak tido agaknya.
cantik yang sekor ni posing


biasa le mcm selalu anak bertuah sorang tu mesti boringnya...ada ke patut baru sampai dah ajak balik.
**gemuknya mama dia org tu yek. Kena amalkan petua kuruskan part peha tu

masa benda alah ni kat kl tak teringin le pulak nak naik + malas nak beratur. Pi melaka ni anak-anak ajak boleh je lah

Ada jugak yang takut...

pemandangan waktu senja yang sempat diambil...syahdunya melihat betapa cantiknya kurniaan Allah

haa..jange lupo kalau dah ronda sana sini..tanggungjwb padaNya.

river cruise le pulak...
yang ni oye on fun fair

Terima kasih abahnya kerana sudi mengambil cuti meluangkan masa bersama anak2. Nak pi jauh lagi ke london atau ke mana2 yang sewaktu dengannya memang tak mampu. Cuti2 malaysia je lah.

Saturday, March 28, 2009

nikmatku diambil sementara

0 komen sahabat
Hari2 hujan..panas, pastu hujan balik yg amat lebat & esoknya panas terik...alhamdulillah semua tu rezeki dariNya untuk membersihkan bumi ini. Emmm...hari ni dah masuk hari yg ke 5 deria yg dipinjamkan sementara untukku tak berfungsi seperti selalu dek kerana kelalaian diri sendiri. Kekawan & usben dah pesan jgn makan tapi kerana sifat `degil' yg ada..belasah jugak le. Dah tau hidung ni sensitip ngan benda2 macam tu pi jamah gak.

pegghhh...sodap betul kalau dapat ulam2an mcm tenggek burung, pegaga, petai ke..cicah dgn cencaluk. Mak mertua tegur jgn makan pun buat dek je. Haaa...kan dah mengidap seminggu hidung tak berbau, demam & batuk. Bukan takat hidung je yg problem, habis 1 kepala & muka macam nak pecah menahan sakit yg datang kejap2. 4 hari sempat pi opis tapi hari jumaat tu dah tak tahan kena mc jugak. Kebetulan pulak dari last wk aircond rosak kat tpt kita org tu...Allah saja yg tau punya le sakit kepala bercampur muka dah tak blh nak senyum ke org. Kut ada sapa2 silap cakap or bergurau tak kena gaya dapat penampar seround...mujur semua paham sbb suara pun nak kena teran baru clear. Tak pernah lagi camni sakit.
Pi klinik dokto ckp .."dah tau ada sinus tu ngape gi mkn lagi cencaluk?". Biasa le benda yg sedap tu selalu kena tengok je. Budu takde le plak alahnya. Agaknya saya ni ada campuran kelate+pahang so budu tu kira blh masuk lagi...haha nak sedap ke hati. Padan ke muka ye..degilll banget.
Bila hidung tak berbau nih nak makan pun tak berselera sbb tak dpt bau enaknya masakan tu yek. Emmm...lain kali jgn mkn sesudu, amik je sebotol terus. Time tu sure kenal spital mana yg paling sesuai nak masuk.
**Kalau pi spital swasta ni sure dah kena godek2 hidung ni di buat eksperimen

Sunday, March 15, 2009

gambar lama.. di kalumpang

0 komen sahabat
gambar lama semasa pi kalumpang resort & training center pd 25/12/07. Kami bersama family man, cikgu azhar dan abg firdaus. Ok lah kat sini bersih dan airnya..mak aiiii sejuk banget. sempat lagi cik abe ambik gambar awekss..issyyy


anak bujangku



bonda2 solehah yang sedang sibuk menyediakan `lunch'
dah puas berendam...naik nak makan le

emmm...yum, yummmm

sejuklah ni


Bunga-bungaan di Botanical Garden, Bukit Tinggi

0 komen sahabat
gambar kenangan..
masa kecik2 dulu bunga ni banyak kat tepi jalan kat kampung, sekarang dah jadi bunga komersial pulak. Nak zoom semut kat dalam tu tak dapatlah...nanti abis semua blur termasuk bunga. Kamera kecik camni la
cantik....
rose grape

lebar je kelopak bunga ni yang hidup subur kat atas bukit
yang ni suburnya
cantik gambar ku ambik...blur background tu

banyak lagi macam2 jenis bunga dengan saiz yg besar adn nampak subur je. Tak dapatlah nak shoot lebih ...penat

selamat hari lahir kak ain

0 komen sahabat
besday kak ain 11thn sepatutnya diraikan on 6th mac last week tapi...lupa beli kek lah (punya le terer mama/abahnya). Hari jumaat tu dah kasi hadiah ke dia & kek je tak sempat beli. Bukan tak ingat besday dia. Mana boleh tak ingatkan...35 minggu dlm perut ke hulu ke hilir bawa.

Dah seminggu baru dia dapat tiup lilin ni..jumaat jugaklah (13hb). Muffin tu dibuat sikit untuk kawan2 karib dia kat sekolah. Sebelum pergi sekolah sempat tiup jap...suka dia.

Ni pulak lebih dari bancuhan muffin tu. Cup utk muffin dah abis & sudahnya letak dlm loyang jadi le kek ciput ni. Yang ni mama bawak ke opis sikit utk jiran depan blkg 2,3 org merasa & untuk mama makan masa nak lentok. Nak bawa banyak tak cukup pulak.

Kak ain dah lama suruh buat besday party kat rumah atau taska. Alamak...maleh le pulak kalau kat rumah. Sudahnya ambik keputusan sedekah pada taska tempat dia transit untuk ke sekolah petang. Ramai jugak yang ada kat situ. Semua 75 orang, baby + kakak2 + abang2 yang bersekolah. Patut buat 75 biji muffin tapi entah macam mana boleh dapat 74 bijik je..haru betul. Mujur puding tu banyak lebih.

Ini saja lah yang mampu ku buat. Hari selasa baru dapat bagi. Kebetulan hari isnin tu cuti & jadi chef le hari tu sampai ke tengah malam. Haiiii...tak abis2 muffin. Buat puding cocktail & puding jagung. Nak kasi jajan banyak2 tak elok untuk budak2 kan. Alhamdullillah sampai jugak hajat kak ain.
Untuk `cikgu2' yang menjaganya saya buatkan cheese kek je.
Semoga dia berjaya dalam pelajaran
**selalu lepas dia orang ni umur 6thn kami raikan besday dia orang ni serentak. Umur 6 tahun ke bawah baru belikan kek sorang2. Si abang bulan april & adik bulan may. Buat kat pekan, ajak mak sedara, cousin dia & jiran kat rumah je.

Saturday, March 7, 2009

STRESS..mengapa ye?

1 komen sahabat
Stres sewaktu berkerja??...sabar, semua tu dugaan dariNYA. Nak mencari rezeki utk anak2 ni kena hadapi semua tu baik yg berpangkat tinggi atau yg berjawatan biasa2 je. InsyaAllah kepada sesiapa yg stress dengan bos atau dgn rakan2 lain atau dgn `cik kak' yg mulut pot pet kat opis tu..cuba amalkan cara2 ini...
1) kena jawab sikit2 bila org komen keje kita..jange selalu merendahkan diri sendiri sebab setiap manusia ada kelebihannya, hanya ALLAH yg tahu di mana kebolehan kita.
2) dah tak tahan buat dek je
3) kalau ada spesis yg suka membebel & yg sewaktu dengannya...sumbat je telinga dgn earphone, dengo lagu atau kuliah agama.
4) berzikir semasa berkerja akan menambahkan lagi rezeki kita sebab di mana kita berada kena sentiasa ingat padaNYA.
5) cuba perbaiki diri dan mutu keje kita.
6) susah2 sangat kalau tension bebeno atau kebetulan kalau takde keje & line pun clear...apa lagi....tidoooo la

apa2 pun yang penting berkat dariNYA. Nak keluar rumah tu baca le apa yang patut. InsyaAllah kita akan sentiasa dilindungiNya. Solat jange lupa ye

si nakal yang telah menampal benda alah ni kat notice board kat pantry opis. Haa...saja untuk suka2 dan nak tengok reaksi 2 org big bos. Masalahnya bos yg sorang tu secretary dia yg buatkan air. Ni pasal takde bonos tahun lah. Takpe le takde bonos. Ekonomi sekrang pun bukannya stabil so payment last year yg dengonya dapat banyak tu maybe standby kut2 gawat sangat nanti. Dari gaji kena potong atau dibuang kerja baik maintain je mcm ni. Emmm...k lah tu, kan raya dulu dah dapat `angpau' sikit sorang.

muffin lagi

0 komen sahabat
muffin kali ni gebu sikit. Dah 4 kali buat dan yang ni utk b/fast anak2. Sebelum ni beli yang mix je & campur bahan2 lain sikit tapi kali ni try buat sendiri. Alah senang je...lepas pukul gula+planta, masukkan telur. Lepas tu tepung gandum+baking powder. Masukkan serbuk koko yg dah dicairkan dulu. Last letak susu cair sikit & choc chip tu. Part susun choc chi tu suruh anak2 je buat. Bab tolong menyibuk ni memang no hal lah. Then bakaq la...

TAK NAK??

0 komen sahabat
Buku yang dihadiahkan oleh jiran kami si iwan pada 27hb aug 2003 untuk hubby ku yang tersayang sempena `hari masuk wad' kali ke 2. Issyy...tak serik betul lah. Dah 2 kali lung dia collapse. 1st time dulu tahun 1999. Emmm...susahnya ye, saya yang tak pandai bawa kereta & usben pulak `lepak' kat hospital sampai 2 minggu pulak tu. Kehulu ke hilir naik bas, cab, tumpang ipar & babysitter je. Mujur bos paham sangat keadaan saya masa tu & suruh datang keje bila usben dah keluar spital. Dah takdir kan..sakit pening kuasa Allah. Mungkin ada hikmah disebalik tu. Dah kena tebuk sekali tapi still merokok lagi. Bila lalu kat Assunta hospital tu mesti teringatnya...kenangan berulang alik setiap hari. Stop merokok sekejap je, pastu sedut lagi asap tu. Tahun 2003 tu kami baru setahun lebih pindah kat su ni. Masa nak pergi kerja dia dah start batuk2. Lepas hantar saya ke opis dia pi klinik. Doktor suruh ke spital. . Saya yg baru nak start keje masa tu terkejut yg amat sbb takkan le jadi lagi. Frust pun ada tapi dah takdirkan. Tebuk lagi kat sebelah kanan pulak. Bila tengok `suction machine' tu & tiub yg sedut `macam2' benda kotor dari badan dia tu rasa sayu le pulak. Mengapalah 2x kena ye.
Alhamdulillah
jiran2 yg banyak menolong. Sebelum ni tak kenal sangat dgn dia orang ni & disebabkan `hal' ni sampai sekarang jadi closed. Banyak jasa dia orang yang akan saya ingat sampai bila2...Norizah wife si nizam sudi mengambil anak2 dari taska & menjaga sekejap mereka sampai ke malam. Roin yg sudi meminjamkan kain pelikat (saya tak sempat bawa apa2 pun). Iwan, wati dan jugak Lan, apai, nizam yg sudi bawa kereta kami balik su. Juga jiran saya kak zah yg sanggup menjaga dia org 2,3 hari selepas tu. Sempat lagi ada surprise dari samrin yang bawa kek sempena anniversary kami yg ke 9...kat spital! waaa...terharunya masa tu coz dah tak sempat nak ingat apa2 lagi. qariah surau al-hidayah pun ada menjenguk...terima kasih utk semua. Apa itu lung collapse ye?? meh kita tengok apa.Lung collapse atau PNEUMOTHORAX. Bunyi mcam type of dinasour je.
ni yg sempat saya search...

A pneumothorax is a collection of free air in the chest outside the lung that causes the lung to collapse.

Penyebabnya

by a rupture of a cyst or a small sac (bleb) on the surface of the lung. Pneumothorax may also occur following an injury to the chest wall such as a fractured rib, any penetrating injury (gun shot or stabbing), surgical invasion of the chest, or may be deliberately induced in order to collapse the lung. A pneumothorax can also develop as a result of underlying lung diseases, including cystic fibrosis, chronic obstructive pulmonary disease (COPD), lung cancer, asthma, and infections of the lungs.

Yang pasti pada sesiapa yg `kaki' merokok..hisaplah banyak2 sikit. Buku NAK KE TAK NAK tu mungkin akan jadi kenangan sampai ke tua.

Emmm...dugaannnn. Setiap penyakit yg kita hidapi adalah salah satu kifarah dari dosa2 kita dulu.


 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template