Saturday, March 28, 2009

nikmatku diambil sementara


Hari2 hujan..panas, pastu hujan balik yg amat lebat & esoknya panas terik...alhamdulillah semua tu rezeki dariNya untuk membersihkan bumi ini. Emmm...hari ni dah masuk hari yg ke 5 deria yg dipinjamkan sementara untukku tak berfungsi seperti selalu dek kerana kelalaian diri sendiri. Kekawan & usben dah pesan jgn makan tapi kerana sifat `degil' yg ada..belasah jugak le. Dah tau hidung ni sensitip ngan benda2 macam tu pi jamah gak.

pegghhh...sodap betul kalau dapat ulam2an mcm tenggek burung, pegaga, petai ke..cicah dgn cencaluk. Mak mertua tegur jgn makan pun buat dek je. Haaa...kan dah mengidap seminggu hidung tak berbau, demam & batuk. Bukan takat hidung je yg problem, habis 1 kepala & muka macam nak pecah menahan sakit yg datang kejap2. 4 hari sempat pi opis tapi hari jumaat tu dah tak tahan kena mc jugak. Kebetulan pulak dari last wk aircond rosak kat tpt kita org tu...Allah saja yg tau punya le sakit kepala bercampur muka dah tak blh nak senyum ke org. Kut ada sapa2 silap cakap or bergurau tak kena gaya dapat penampar seround...mujur semua paham sbb suara pun nak kena teran baru clear. Tak pernah lagi camni sakit.
Pi klinik dokto ckp .."dah tau ada sinus tu ngape gi mkn lagi cencaluk?". Biasa le benda yg sedap tu selalu kena tengok je. Budu takde le plak alahnya. Agaknya saya ni ada campuran kelate+pahang so budu tu kira blh masuk lagi...haha nak sedap ke hati. Padan ke muka ye..degilll banget.
Bila hidung tak berbau nih nak makan pun tak berselera sbb tak dpt bau enaknya masakan tu yek. Emmm...lain kali jgn mkn sesudu, amik je sebotol terus. Time tu sure kenal spital mana yg paling sesuai nak masuk.
**Kalau pi spital swasta ni sure dah kena godek2 hidung ni di buat eksperimen

0 komen sahabat:

 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template