Sunday, March 15, 2009

selamat hari lahir kak ain


besday kak ain 11thn sepatutnya diraikan on 6th mac last week tapi...lupa beli kek lah (punya le terer mama/abahnya). Hari jumaat tu dah kasi hadiah ke dia & kek je tak sempat beli. Bukan tak ingat besday dia. Mana boleh tak ingatkan...35 minggu dlm perut ke hulu ke hilir bawa.

Dah seminggu baru dia dapat tiup lilin ni..jumaat jugaklah (13hb). Muffin tu dibuat sikit untuk kawan2 karib dia kat sekolah. Sebelum pergi sekolah sempat tiup jap...suka dia.

Ni pulak lebih dari bancuhan muffin tu. Cup utk muffin dah abis & sudahnya letak dlm loyang jadi le kek ciput ni. Yang ni mama bawak ke opis sikit utk jiran depan blkg 2,3 org merasa & untuk mama makan masa nak lentok. Nak bawa banyak tak cukup pulak.

Kak ain dah lama suruh buat besday party kat rumah atau taska. Alamak...maleh le pulak kalau kat rumah. Sudahnya ambik keputusan sedekah pada taska tempat dia transit untuk ke sekolah petang. Ramai jugak yang ada kat situ. Semua 75 orang, baby + kakak2 + abang2 yang bersekolah. Patut buat 75 biji muffin tapi entah macam mana boleh dapat 74 bijik je..haru betul. Mujur puding tu banyak lebih.

Ini saja lah yang mampu ku buat. Hari selasa baru dapat bagi. Kebetulan hari isnin tu cuti & jadi chef le hari tu sampai ke tengah malam. Haiiii...tak abis2 muffin. Buat puding cocktail & puding jagung. Nak kasi jajan banyak2 tak elok untuk budak2 kan. Alhamdullillah sampai jugak hajat kak ain.
Untuk `cikgu2' yang menjaganya saya buatkan cheese kek je.
Semoga dia berjaya dalam pelajaran
**selalu lepas dia orang ni umur 6thn kami raikan besday dia orang ni serentak. Umur 6 tahun ke bawah baru belikan kek sorang2. Si abang bulan april & adik bulan may. Buat kat pekan, ajak mak sedara, cousin dia & jiran kat rumah je.

0 komen sahabat:

 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template