Thursday, April 30, 2009

Perginya 4 sahabat


sedihhh... silap bagi makan banyak ke apa tak tau. Kelmarin 4 ekor ikan lampam hak kawe bela dah selebar tapak tangan org tua..dah pergi meninggalkan kekawannya yang lain. Rasa kawe le air kotor atau anak bujangku terbagi makanan byk kut. Tak sempat nak ambik gambo terakhir sebab kalut nak bersihkan akuarium tu.
Sebelum pi keje rutin seharian kawe yang sedekahkan makanan ni. Kebiasaannya ikan2 ni akan berkumpul & rapatkan diri kat cermin, macam tau2 je makanan dah sampai lebih2 lagi si oyen yang bermata satu tu.Ada 1 hal yang pelik dipagi hari sebelum depa ni `pergi'. Entah camne pagi tu kawe tengok depa buat dek le pulak. Dah terbiasa `bercakap' dengan ikan2 ni & sambil hulur makanan ke jiran sebelah si fifi kura2 yang dah beso sikit. Citer ngan cik abe ngape ek ikan tu buat dono je...dah kenyang ke apa. Haaa balik keje petang...ada 3 ekoq dah tak bernyawa..ajalnya dah tiba. Sedekah ke kucing le. Sehari sebelum tu dah sekor mati.
Nak dikunyitkan & goreng tak `kuasa' le kawe tapi ada ke orang bela ikan dlm akuarium & pastu bila takde lauk amik...hehe tak sanggup.
Haiii...nak kena pi beli ikan baru le gayanya. Nak try bela ikan patin

2 komen sahabat:

KC on April 30, 2009 at 8:17 AM said...

caitt! ingatkan sahabat mana rupa2nyer tipah tertipu....

cikliah on April 30, 2009 at 9:47 AM said...

makcik pon tertifu sama.... :D
sabau jek lah.... :P

 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template