Monday, November 17, 2008

cerita...dalam kenangan


Gambar diambil semasa adikku kawin last year & 2 bln sebelum allahyarham meninggal dunia. Peliknya semua gambar yang diambil takde satu pun muka pandang tepat & lebih banyak sisi. Dia tak nak org ingat dia or camne tak tau la...kebetulan kot.

Anak saudara..Muhammad Nazrin bin Kamaruddin, 15 thn, meninggal dunia pada 8.05.07
..anak ke 2 dr 4 bradik. Kedua-dua belah kidney dah tak function.
Mula menghidapi penyakit ni semasa umurnya 7thn. Setiap bulan memang ada rawatan susulan tapi doktor ckp belum tahap serius. Semasa djh 6 abg ipar dah stopkan rawatan tu & doktor pun cadang bagi pil hormon utk cover sbb nampak ok dan kena jaga pemakanan je & tak boleh makan benda yg terlalu masin.
Ye lah..Allah lebih mengetahui segala-galanya.


Terlantar di hospital kuantan selama seminggu. Doktor try masukkan tiub kat perut..tak boleh & last cuba kat celah peha...tapi bleading aje. Aku tengok pun sedih...'Cik Sah tengoklah badan saya ni, saya pun tak tahu sampai bila saya mcm ni. Nanti tiap-tiap minggu saya kena cuci/tukar darah. Rasanya lebih byk kat hospital, sekolah pun tak tahu camne nanti"..
ditanya ngape tak bawak buku utk dibaca sbb tak lama lagi dia exam pmr. Dia hanya jawab ringkas.."tak guna dah cik saya baca buku". aku dah rasa lain mcm. Sempat dia pesan..suruh anak bujangku belajar rajin2 . Beria sungguh dia suruh cousin dia pi beli majalah humor & siap ckp lokasi kedai kat ktn parade. Rupanya itulah permintaan dia yg terakhir dari kami yg melawat petang hari tu dan itulah kenangannya.

Kakak ada cerita 2,3 hari sebelum meninggal allahyarham rajin membaca surah yassin sendiri .
Pagi selasa 8.5 tu allahyarham menghembuskan nafas terakhir setelah darah dah tak boleh circulate..reject semua, dah tak boleh buang air kecik & kidney betul2 dah rosak.
Dan kebetulan pada hari yg sama bondaku sepatutnya start kimo kat hkl. Alhamdulillah dgn izin dari doktor abang dapat bawa keluar mak utk menziarahi cucunya buat kali terakhir. Kawan sekelas allahyarham pun datang jugak dgn menaiki 1 bas sekolah.
Suamiku yg susah nak menangis pun blh terkeluar jugak airmatanya. Mana taknya..allahyarham lah org yg kami selalu bawa berjalan bila sesekali kami balik ke kg dan dia jugak lah jadi peneman suamiku nak lepak kat mana2.
Dan dialah satu2nya cucu/anak sedara yg `reti' bergaul dengan org tak kira umur org tu brape dan berbeza dgn cousin dia yg lain kekadang mcm2 perangai...memang friendly sgt, suka bergurau & suka tegur direct kalau ada benda yg tak betul
Selepas kematiannya aku dengar keadaan abg ipar cukup teruk...satu2nya anak lelaki (3 lagi pompuan) dr kecik ke hulu ke hilir bersama dan tak pernah sekali pun dipukul apatah lagi yang lain...
Allah lebih menyayanginya..

Alfatihah..semoga rohnya ditempatkan bersama anak-anak yang soleh

* tak dapat le nak dengar suara `bertekak' antara 3 sepupu..ijat, kak yin & allahyarhan najin yg selalu tak sependapat bila berborak & bincang

2 komen sahabat:

Anonymous said...

sesungguhnya Allah lebih mengasihi Adik Nazrin.
semoga arwah tenang di sana.
Alfatehah.

cik ketumbar

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template