Sunday, December 28, 2008

Kerabu kering pucuk mengkudu


Dah lama tak makan kerabu kering pucuk mengkudu dan pucuk ulam yang lain. Dulu selalu mak masak. Lepas makan kerabu ni kadang aktif sikit acara membuang angin. Balik kampung masa nak ambik anak2 baru ni sempat le cari pucuk mengkudu muda, daun sekentut, daun kunyit (takde dalam gambo) dan daun kaduk. Mak cakap kalau nak rasa pahit sikit elok jugak le letak pucuk sungkai (kawe dok kenal mana satu, tu yang tak pi cari). Ulam2 tu merata je boleh dapat kat kawasan rumah mak kecuali pucuk sungkai kena merayap sikit cari kat kawasan semak..takut. Kecik2 dulu boleh le sebab tak tau takut pun masa nak cari daun main pondok2

Bahan-bahannya:


daun sekentut (daun ni berbau mcm kentutss bila dicarik sikit), daun kaduk (lebih 10helai kut), pucuk mengkudu (banyak jugak kuantitinya, lagi banyak lagi sodap), daun kunyit (3,4 helai), halia, bawang merah (3,4 biji), bawang putih (1 labu) dan lada hitam (nak pedas letak le 2 pkt).

dimayam halus macam nih dan campurkan semua (dibasuh bersih).
jange lupo ikan bakar. Tak kisahlah ikan apa2 dan jangan ikan yang gatal dah le. Emak saya guna 1/2kg ikan. Bawang, halia dan lada hitam ditumbuk lumat dan kemudian campur la ikan bakar dan tumbuk lagi sampai hancur semua.
Kerisik kelapa lebih kurang 1/2 biji. Campurkan semua kerisik, bawang + ikan tadi dan jugak ulam-ulaman yang kita dah mayam halus tadi tu. Digoreng dalam kuali dengan api yang slow je tanpa minyak, jange lupo letak garam sikit. Bila dah kecut semua...

inilah hasilnya..
Kalau dalam pantang makan kerabu ni..ada gaya bertambah le. Masa mula kawin dulu Cik abe tak pernah makan ni tapi bila try aje dia plak yang ambik banyak.

*baru ku perasan macam2 bunga pinggan ada...emak ckp nak buat apa pulak ambik gambo ni semua. Saja nak promote masakan orang tua2. Kalau tak buat camni rugilah nanti tak reti

3 komen sahabat:

cikliah on January 16, 2009 at 1:21 PM said...

Lawa betoi stok pinggan mak kak cik... :D

mamomus on January 17, 2009 at 7:14 PM said...

Halusnye racik daun tu, rajin yekk..tak de keje ke heheheh..jangan mare..

Anonymous said...

cam menarik gak.. daun seketut tu camner ngopanyer..

~kiss~

 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template