Thursday, April 30, 2009
Perginya 4 sahabat
Sebelum pi keje rutin seharian kawe yang sedekahkan makanan ni. Kebiasaannya ikan2 ni akan berkumpul & rapatkan diri kat cermin, macam tau2 je makanan dah sampai lebih2 lagi si oyen yang bermata satu tu.Ada 1 hal yang pelik dipagi hari sebelum depa ni `pergi'. Entah camne pagi tu kawe tengok depa buat dek le pulak. Dah terbiasa `bercakap' dengan ikan2 ni & sambil hulur makanan ke jiran sebelah si fifi kura2 yang dah beso sikit. Citer ngan cik abe ngape ek ikan tu buat dono je...dah kenyang ke apa. Haaa balik keje petang...ada 3 ekoq dah tak bernyawa..ajalnya dah tiba. Sedekah ke kucing le. Sehari sebelum tu dah sekor mati.
Nak dikunyitkan & goreng tak `kuasa' le kawe tapi ada ke orang bela ikan dlm akuarium & pastu bila takde lauk amik...hehe tak sanggup.
Haiii...nak kena pi beli ikan baru le gayanya. Nak try bela ikan patin
Monday, April 27, 2009
Anak bergaduh
1 topik menarik yang saya copy dari akhbar berita minggu dan rasanya ramai ibubapa yang sering menghadapi situasi sebegini:
Sebagai ibu bapa, anda harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati anak-anak anda
"MAK, tengok abang ni, main tolak-tolak,” atau anda akan kedengaran, “Abang dulu, abang dulu, tepi.. tepi.” Sebagai ibu bapa anda tentu sudah biasa mendengar ayat berkenaan. Pergaduhan antara adik beradik memang sebahagian daripada proses pembesaran mereka. Selalunya, pergaduhan atau bibit-bibit cemburu dimulakan oleh anak yang tua. Misalnya anak sulung yang cemburukan kelahiran adik atau anak tengah yang cemburu pada adik baru.
Bagaimanapun, ada juga di kalangan kanak-kanak ini akhirnya mampu bersahabat baik dengan adik beradik sendiri dan saling mempercayai.
Sebenarnya banyak perkara boleh menyebabkan kanak-kanak bergaduh. Walaupun ada kalanya sebagai ibu bapa, kita merasakan ia perkara remeh temeh, namun bagi mereka itu adalah soal besar. Apatah lagi di kalangan si abang atau kakak, rasa cemburu atau ingin bersaing sentiasa ada dalam diri mereka.
Namun, pergaduhan antara adik beradik adalah perkara universal dan normal. Malah, ramai yang berpendapat ia tanda keluarga yang sihat. Kehidupan orang dewasa atau kehidupan sebenar di dunia ini juga penuh pertelingkahan dan pertikaian.
Pergaduhan adakalanya bermula di meja makan. |
Bagaimanapun, itu tidak bermaksud anda perlu membiarkan saja mereka bergaduh terutama apabila mungkin membabitkan kecederaan fizikal, caci mencaci atau penggunaan kata-kata kesat. Anda sebagai ibu bapa harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati kedua-dua anak anda.
Mengapa mereka bergaduh?
Bagaimana anda menangani pergaduhan anak-anak?
Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.
Saturday, April 25, 2009
Rindu KO dan bonda
Bila sebut bab KO mesti orang tertanya ngape dipanggil ko (bukan k o ye tapi ko) dan siapa ko?. Ayahanda tercinta kami diberi gelaran KO oleh cucu2nya sejak dari cucu pertama si iwan dan abis semua cucu2nya memanggil datuk mereka ko aje. Si iwan masa kecik dulu dah diajar panggil Tok ki sebab orang pekan ramai panggil tok ki je. Tapi entah camne dia payah nak sebut atau bercampur pelat, sampai ke sudah disebut ko je. Dan bukan ayah saya je macam tu..abis semua tok sedara kami dipanggil dgn ko di hadapan nama spt Ko chik, ko amin, ko abah, ko teh & mcm2 ko. Nak dibetulkan balik mennjadi tok ki dah payah kut. Hehe..mujur takde ko pi yek.
Ko yang masih sihat & beruban sedikit je walau usia dah cecah lebih 70an. Sakit sikit tu adalah kadang2..sakit org tua. Pendengaran pun dah kurang jelas tapi masih larat membersihkan laman rumah sekali-sekala tu. Bz dgn ayam itik.
...emmm tak payah le citer panjang... rindunya pada ko & emak. Next week kena balik jugak le gayanya
Saturday, April 11, 2009
Pesan orang tua dulu-dulu
untuk budak kecik....
-jange suka main sorok2 nanti kena sorok dek hantu k****.
-jange duduk atas bantal nanti punggung naik bisul
-jange kentut bila mandi nanti tengah solat terkentut pulak
(apa kena mengena angin kuar masa mandi dgn angin nak kuar masa solat ek??)
-jange main tanah sangat nanti cacing masuk dalam perut
(ye kut)
untuk orang muda belia specially pompuan....
-jange nyanyi kat dapur nanti kawin org tua.
(hak ni kawe dulu2 selalu gak buat..alhamdulillah jodoh Allah yang tentukan)
-jange makan depan muka pintu nanti takde orang nak meminang
(apa kena mengena pulak ye)
-jange suka dok kat tiang seri nanti jadi apa2.
(jadi apa ye..macam citer keliwon hantu tiang seri jer tapi yang pi buat umah ada tiang seri buat apa yek)
-jange suka tongkat dagu termenung nanti rezeki tak masuk
(memang le..kalau termenung memanjang & tak buat keje mana le rezeki nak masuk)
*banyaknya dah lupa...apa lagi ye
Sunday, April 5, 2009
Senja di pantai jeram
Kreatif sungguh ye. Tong drum yang dijadikan arca
Kali ke 2 kami datang sini. Makanan bolehlah tahan sedap & rege pun ok lah. Sesekali bawa anak2 makan jauh sikit kan...anak bujangku toksey sokmo kalau nak pi jauh sikit.
Saturday, April 4, 2009
reti jugak ye

Cara yang dilakukannya sama seperti manusia. Lebih menarik apabila monyet dewasa mengajar monyet kecil langkah-langkah menggosok gigi yang betul berulang kali. Monyet jenis itu adalah haiwan primitif di timur Asia dan ia selalu digunakan sebagai bahan eksperimen di makmal dan perubatan neurologi.
**kadang kala ada jugak manusia yg tak sempat nak gosok gigi sbb lorat. Ada jugak yg gosok mcm dlm citer p.ramlee, gosok ngan jari je...emmmm..