Saturday, October 25, 2008

tingginya angan-anganku


bila tengok org berjaya menternak ayam,lembu,kambing,itik,kerbau & binatang yg sewaktu dgnnya kecuali balifbaya (khinzir)..aku pun teringin le jugak nak jadi penternak kecil-kecilan.
boleh ke ek??. mula berangan nak ternak lintah or keli. mslh le plak umah kat kg tu kalu musim banjir mmg abis le. kalu ayam ni blh gak di tinggikan reban. tanah kat kg rasanya blh le kut, dari biar kosong je baik diusahakan sikit. sekrg kekandaku (ibu tunggal) cuba menyibukkan diri menternak itik & ayam kampung. dah ada 100 ekor. itik 30 ekor & ayam kampung ada70 ekor. dah bagi modal ke dia sikit & bincang itu ini so biarlah dia usahakan dulu. tengok ok ke tak baru di tambah.
masalah yg patut kita ambil tau lebih sikit sebelum nak ternak ayam ni rasanya hal makanannya. dedak ayam dijual mahal tapi blh campur jagung halus & nasi yg dimasak (tak pyh basuh byk x). 2 hari sekali kena le cuci reban & kaut tahi ayam tu. kalau rajin blh di recycle kan utk baja tanaman lain ye. ayam yg ada sekrg dilepas waktu siang dlm kwsn berpagar tinggi. yg kureng sikit..kolam takungan utk itik lepak2. tak sempat nak simen lagi. ayam tu dijual masa depa dok nak melaram lagi (ayam dara), 2 bln blh dah jual. ayam kg kalau sekilo jual dpt le rm10 to 12, paling murah pun rm8.5.
sekrg projek ni baru 3 bln & dah ada pembeli pun. itik tu untuk telur. usia dah 5,6 bln baru start belajo bertelur so nak dpt hasil lambat le sikit. telur tu nak buat telur asin je. InsyaAllah ada rezeki hajat hati nak tambah lagi modalnya. org kata biar bekalan ayam sentiasa ada. kalau dah berjaya sikit nak kena balik kg 2 bln sekali la gamaknya. takkan nak harapkan org aje kan.

ni le gambor sebahagian itik-itik yang sedang asyik menyondol pokok pisang yang sempat aku ambik.
nak amik gambo ayam susah betul sbb depa ni kalau dah jadi anak dara memang susah dok diam..asyik nak melaram je

1 komen sahabat:

Lan Rambai on November 13, 2008 at 12:00 PM said...

aik.. dah lama ada blog rupanya.... tips utk ko.. kalau menaip memang senang pakai short form.. tapi utk org yag membaca tak bagus sangat. jadi, kurangkan short form ya dan rajinlah update.. jangan jadi macam blog laki ko hahaha

 

cikcah.... Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template